Utama Android Samsung Samsung Galaxy A03 diumumkan dengan kamera 48MP, bateri 5,000mAh

Samsung Galaxy A03 diumumkan dengan kamera 48MP, bateri 5,000mAh

399
0

Samsung Galaxy A03s sebelum diumumkan pada Ogos lalu, manakala Galaxy A03 Core pula telah pun diperkenalkan pada minggu lalu. Kini giliran Samsung Galaxy A03 pula diumumkan sebagai kesinambungan dari Galaxy A02 yang diumumkan pada Januari tahun ini.

Telefon ini menampilkan paparan Infinity-V HD+ 6.5-inci dengan takuk yang menempatkan kamera hadapan 5MP. Pada bahagian belakangnya pula, terdapat dwi-kamera yang mengandungi sebuah kamera utama 48MP dan kamera berkedalaman 2MP. Ini merupakan penambahbaikan dari Galaxy A02 yang menyediakan kamera utama 13MP dan kamera makro 2MP.

Di dalamnya, telefon Samsung berharga bajet ini mengunakan cipset lapan-teras dengan dua daripadanya mempunyai frekuensi klok maksimum 1.6GHz. Samsung tidak menyatakan mengenai versi sistem operasi Android dan One UI yang digunakan oleh telefon pintar ini. Namun, menyatakan ia mempunyai tiga pilihan konfigurasi memori dan storan iaitu 3GB/32GB, 4GB/64GB, dan 4GB/128GB.

Samsung Galaxy A03 juga mempunyai sokongan audio Dolby Atmos dan bateri berkapasiti 5,000mAh. Terdapat tiga warna pilihan ditawarkan iaitu Hitam, Biru dan Merah. Buat masa ini Samsung tidak menyatakan harga sebenar dan tarikh kemasukan telefon pintar ini ke mana-mana pasaran setakat ini.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.