Utama Mobile Android Samsung dedahkan Galaxy Tab S5e, dilengkapi dengan cipset Snapdragon 670 dan bateri...

Samsung dedahkan Galaxy Tab S5e, dilengkapi dengan cipset Snapdragon 670 dan bateri 7040mAh

1463
0

Samsung baru-baru ini telah mendedahkan Galaxy Tab S5e, sebuah tablet yang berasaskan sistem operasi Android.

Pengumuman ini hadir lebih awal dari acara MWC 2019 yang dijadual bakal dilangsungkan di Barcelona, Sepanyol tidak berapa lama lagi. Pada kebiasaannya, Samsung mendedahkan telefon-telefon pintar atau peranti mudah alih lain seperti tablet sewaktu acara tersebut sedang berlangsung.

Dari segi spesifikasinya, Galaxy Tab S5e bukanlah sebuah peranti yang menawarkan perkakasan bertaraf premium. Ianya didatangkan dengan cipset Snapdragon 670, pilihan RAM dan storan dalaman antara 4GB/64GB atau 6GB/128GB. Bagaimanapun, tablet ini masih lagi menawarkan slot kad mikro SD bagi tujuan penambahan ruang storan tambahan.

Tablet ini turut menyediakan paparan paparan Super AMOLED WQXGA 10.5-inci. Dikuasakan dengan bateri berkapasiti 7040mAh yang tidak boleh ditanggalkan, Samsung Galaxy Tab S5e menyokong pengecasan pantas melalui port USB-C atau melalui pin pogo yang terbina di dalamnya.

Menariknya, Galaxy Tab S5e tidak didatangkan dengan bicu audio 3.5mm. Ia sebaliknya digantikan dengan penyambung set kepala USB-C yang telah disediakan pada setiap tablet. Untuk audio tablet ini juga, Samsung turut melengkapkannya dengan empat pembesar suara yang telah dikemaskan oleh AKG dan Dolby Atmos.07

Apa yang mencuri tumpuan pada pandangan luaran Galaxy Tab S5e ini adalah rekaannya yang tipis dan ringan. Tablet ini hanya seberat 400g dan berketebalan 5.5mm. Untuk sistem operasinya, tablet ini dibina berasaskan sistem operasi Android 9.0 Pie dengan sokongan integrasi pembantu digital Samsung Bixby 2.0.

Setakat ini masih belum ada sebarang maklumat berkenaan keberadaan tablet ini ke pasaran Malaysia berserta harga jualannya kelak.

Sumber berita diperoleh dari Samsung

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.