Samsung Malaysia Electronics telah melancarkan siri Galaxy S22 melalui pelancaran acara dan pertandingan filem pendek Born of the Galaxy Stars. Pertandingan ini disokong oleh Malaysia International Film Festival (MIFFest) bagi menggalakkan 22 karyawan filem berbakat dari pelbagai latar belakang menghasilkan karya menggunakan siri Galaxy S22.
Galaxy S22 mampu memperkasakan para karyawan berbakat ini menerusi sejumlah ciri-ciri fotografi dan videografi yang mampu memecahkan tradisi pembikinan filem. Keperluan penghasilan karya-karya filem hebat dapat direalisasikan menerusi telefon pintar ini yang hadir dalam tiga model iaitu Samsung Galaxy S22 5G, Galaxy S22 Plus 5G, dan Galaxy S22 Ultra 5G.
Sepanjang acara yang berlangsung pada malam Isnin lalu ini, Nightography Film Teasers mengetengahkan bingkisan empat filem pendek yang telah dihasilkan oleh empat pengarah filem tempatan menggunakan siri Galaxy S22 sepenuhnya.
Keempat-empat anak watan ini masing-masing menghasilkan filem-filem pendek bertemakan fesyen, kecergasan, percintaan dan muzik. Sesi meraikan kreativiti dan memacu inspirasi buat para karyawan berbakat besar ini diteruskan dengan soal jawab dan perkongsian pengalaman sepanjang acara berkenaan dilangsungkan.
Siri Galaxy telah menempa namanya selaku pelopor inovasi peranti mudah alih. Kecemerlangan ini diteruskan dengan Galaxy S22 melalui kamera-kamera yang dinamik, pemprosesan dengan sokongan AI, dan paparan yang terang serta penuh kemilau bagi meningkatkan pengalaman penggunaan peranti mudah alih.
Para hadirin turut serta sesi penggunaan siri Galaxy S22 secara hands-on di dalam Nightography Room. Pelbagai ciri menarik siri Galaxy S22 ini dapat diuji dan dinikmati di dalam ruang dewan teater yang diubahsuai sebagai ruang imersif untuk mencetuskan pengalaman penuh mengujakan dengan Galaxy S22.
Born of the Galaxy Stars
Para pembikin filem yang mempunyai bakat terpendam boleh menyertai pertandingan Born of the Galaxy Stars dengan menghantar skrip pendek selaras dengan tema Borderless with Nightography sebelum 17 April 2022.
Samsung Malaysia Electronics dan Malaysia International Film Festival (MIFFest) seterusnya akan memilih 22 pasukan yang akan menggunakan siri Galaxy S22 untuk merakam dan menghasilkan filem pendek masing-masing. Karya yang dihasilkan akan dibawa untuk diadili bagi memenangi anugerah pada acara pembukaan Malaysian International Film Festival (MIFFest) pada Julai 2022.
Turut disediakan, 1 pemenang hadiah utama akan dipilih dari 3 Teratas dan pemenang ini akan menerima anugerah pencapaian, wang tunai RM8,000, sebuah trofi dan produk-produk Samsung. Pemenang juga berpeluang memperluaskan rangkaian kenalan ke peneraju industri di malaysia ketikan Acara Pembukaan MIFFest Kali Ke-5.
Maklumat lanjut mengenai Pertandingan Filem Pendek Born of Galaxy Stars, kunjungi https://www.samsung.com/my/offer/mobile/born-of-the-galaxy-stars/.
Penyertaan Pertandingan Filem Pendek Born of Galaxy Stars Samsung boleh dihantar di pautan https://www.mgga.com.my/born-of-the-galaxy-stars-shortfilm2022/
Untuk maklumat lanjut dan mendapatkan siri Galaxy terkini, kunjungi pautan berikut:
- Galaxy S22 Ultra 5G: https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-s22-ultra/buy/
- Galaxy S22+/S22 5G: https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-s22/buy/













