Katakan selamat tinggal kepada lawatan tanpa henti ke kedai dobi dan nikmati pakaian segar dan bersih di rumah dengan Samsung BESPOKE AirDresser! Dari 1 Januari 2025 hingga 28 Februari 2025, miliki alatan kelengkapan rumah ini pada harga promosi istimewa RM7,599 (daripada harga runcit yang disyorkan iaitu RM8,799!).
Samsung Bespoke AirDresser bukan sekadar pengering pakaian – ia adalah sistem penjagaan pakaian lengkap yang direka untuk memastikan pakaian anda kelihatan dan terasa terbaik. Melalui ciri Dual AirWash, AirDresser memberikan sanitasi mendalam, menghapuskan habuk dan sehingga 99% bau tidak menyenangkan.
Dual JetSteam mengeluarkan wap dari dua arah yang menyerap haba bersuhu tinggi ke dalam fabrik. Ia dapat mengurangkan sehingga 99.9% virus dan bakteria, 100% hama habuk, 90% debunga, dan 99% bau, sambil menghilangkan kedutan!
Manakala dengan fungsi Bulky Care pula anda boleh dengan mudah mensanitasi sehingga 9 helai baju atau 5 helai seluar dalam satu masa menggunakan program Bulky Care hanya dalam masa 113 minit! Untuk teknologi AI Dry pula, AirDresser mengoptimumkan proses pengeringan untuk setiap pakaian menggunakan sensor kelembapan, memberikan prestasi yang cekap dan menjimatkan tenaga.
Mengapa Anda Perlu Memiliki Samsung Bespoke AirDresser?
- Katakan selamat tinggal kepada kuman dan bau: Sanitasi pakaian anda secara mendalam dan hapuskan bau tidak menyenangkan yang disebabkan oleh bakteria dan virus.
- Pelihara kualiti pakaian anda: Lindungi pakaian kegemaran anda daripada rosak dengan pengeringan dan sanitasi yang lembut.
- Jimat masa dan tenaga: Segarkan dan sanitasi pakaian anda tanpa perlu bersusah payah menggosok.
Naik taraf penjagaan pakaian anda dan nikmati rawatan premium untuk pakaian kegemaran anda pada harga eksklusif ini!
Untuk membeli sekarang, sila layari: https://www.samsung.com/my/washers-and-dryers/airdresser/df7000cm-airdresser-dual-airwash-dual-jetsteam-bulky-care-silver-df24cb9900crfq/