Utama Tablet Redmi Redmi Pad 2 secara rasminya akan ke Pasaran Malaysia

Redmi Pad 2 secara rasminya akan ke Pasaran Malaysia

84
0

Xiaomi telah mengumumkan tablet baharunya, Redmi Pad 2 secara rasminya akan ke pasaran Malaysia tidak lama lagi. Tiada tarikh untuk pelancaran ke pasaran tempatan setakat ini, namun tablet bajet ini disasarkan akan dilancarkan ke pasaran global dalam minggu ini pada 5 Jun 2025.

Redmi Pad 2 berkesinambungan dariapda Redmi Pad yang dilancarkan pada 2022 akan memperkenalkan rekaan baharu bersama-sama spesifikasi yang dikemasikini. Beberapa ciri-cirinya masih lagi belum diketahui, namun dinyatakan ia akan menampilkan paparan LCD yang besar sedikit berukuran 11-inci beresolusi 2.5K 90Hz. Ia akan menggunakan kuasa pemprosesan MediaTek Helio G100 Ultra bersama-sama bateri berkapasiti 9,000mAh.

Beberapa maklumat telah tertiris pada bulan lepas dan jika ia tepat, Pad 2 akan dimuatkan dengan kamera belakang 8MP dan kamera hadapan 5MP. Kelajuan pengecasannya pula setakat ini tidak mempunyai sebarang maklumat.

Senarai daripada peniaga di Eropah menunjukkan tablet ini ditawarkan dengan pilihan konfigurasi Wi-Fi sahaja dan Wi-Fi + 4G, serta konfigurasi memori 4GB + 128GB dan 8GB + 256GB. Buat masa ini tidak dapat dipastikan varian apa yang ditawarkan ke pasaran Malaysia kelak. Mengambil kira model sebelumnya, ia pada ketika itu dijual pada harga RM899.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.