Utama Mobile Android Xiaomi Redmi Note 9 Pro dan Note 9 kini di Malaysia; Harga...

Xiaomi Redmi Note 9 Pro dan Note 9 kini di Malaysia; Harga dari RM599

1183
0

Xiaomi baru-baru ini secara rasminya telah melancarkan telefon pintar baharunya di Malaysia, Redmi Note 9 Pro dan Redmi Note 9. Kehadiran dua model telefon pintar ini melengkapkan siri Redmi Note 9 di Malaysia yang pertama kali hadir melalui Redmi Note 9S Mac lalu.

Untuk Redmi Note 9 Pro, model telefon pintar ini menggunakan cipset yang sama dengan Redmi Note 9S iaitu Snapdragon 720G. Ianya dilengkapkan dengan RAM 6GB dan storan dalaman 128GB.

Telefon pintar ini akan mula dijual pada 18 Mei ini dengan harga RM1,099. Pembelian melalui pra-tempahan yang bermula sejak semalam akan layak menerima power bank Redmi berkapasiti 10,000mAh secara percuma.

Seterusnya, Redmi Note 9 yang menggunakan cipset MediaTek Helio G85 akan dijual pada harga RM749 untuk variasi RAM 4GB, ROM 128GB. Manakala untuk pilihan variasi RAM 3GB dan ROM 64GB pula, ianya akan dijual pada harga RM649. Sebagaimana model Pro, model standard Note 9 ini akan mula berada di pasaran pada 18 Mei ini.

Variasi 3GB/64GB Redmi Note 9 boleh juga didapati menerusi Shopee dengan harga promosi pelancaran RM599. Pra-tempahan bagi variasi 4GB/128GB yang mula dibuka sejak semalam sehingga 17 Mei ini akan berpeluang menerima power bank Redmi 10,000mAh percuma.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.