Utama Laptop Asus Laptop ASUS TUF Gaming dilancarkan dengan CPU AMD Ryzen Siri 4000; Harga...

Laptop ASUS TUF Gaming dilancarkan dengan CPU AMD Ryzen Siri 4000; Harga dari RM3,499

590
0

ASUS hari ini secara rasminya mendedahkan barisan laptop gaming terbarunya yang dikuasakan oleh pemprosesan baru siri AMD Ryzen 4000 Mobile. Antaranya termasuklah siri TUF Gaming yang dibarisi oleh A15 dan A17.

Kedua-dua model laptop ini, A15 dan A17 menyediakan papapran Adaptive Sync.

Dari segi spesifikasi, kedua-dua laptop berkenaan dilengkapkan oleh pemprosesan mudah alih siri Ryzen 4000. Bagi A15, model asas menawarkan Ryzen 5 4600H 6-teras, RAM DDR4 8GB – 3200MHz, NVIDIA GeForce GTX 1650, SSD NVMe PCIe 512GB, dan paparan Full HD IPS 15.6-inci.

Untuk variasi A15 yang lebih tinggi spesifikasinya pula, ianya menawarkan CPU  Ryzen 9 4900H, RAM DDR4 dwi-saluran 16GB -3200MHz, GPU NVIDIA GeForce RTX 2060, SSD NVMe PCIe 1TB dan paparan Full HD IPS 15.6-inci.

Seterusnya model A17 menawarkan CPU Ryzen 7 4800H, GPU NVIDIA GeForce GTX 1650, RAM DDR4 8GB-3200MHz dan SSD M.2 NVMe PCIe  512GB. Sesuai dengan namanya, A17 menyediakan paparan Full HD IPS 17.3-inci.

Variasi berspesifikasi tinggi A17 pula menyediakan CPU Ryzen 9 4900H dan GPU GeForce GTX 1660 Ti. Lain-lain spesfikasinya adalah sama dengan model asas A17.

Bateri yang digunakan oleh kedua-dua A17 dan A15 adalah sama iaitu Li-Po 48Wj.

Laptop Siri TUF Gaming A baharu hadir dengan port yang kurang berbanding keluaran terdahulunya. Kedua-dua model baharu ini menampilkan sebuah port USB-C 3.2 Gen2 di sisi kanan yang berkeupayaan pengecasan Power Delivery (PD) yang juga mampu berfungsi sebagai output DisplayPort 1.4. Di sisi kanannya juga turut menempatkan sebuah port USB 2.0 Gen2.

Asus TUF Gaming A15 ditawarkan dengan harga jualan bermula dari RM3,499 untuk model asas, dan RM5,899 untuk variasi spesifikasi yang lebih tinggi. Untuk A17 pula, harga variasi asasnya dijual pada harga RM4,299. Manakala untuk variasi tingginya pula dijual pada harga RM5,199. Kesemua variasi laptop-laptop baharu Asus ini mula dijual sejak semalam.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.