Redmi Note 7 mula dijual di pasaran Malaysia 27 Mac 2019 pada harga dari RM679. Telefon pintar ini tampil dengan kamera utama 48MP + 5MP.
Telefon pintar terbaru keluaran sub-jenama Xiaomi, Redmi telah dilancarkan untuk pasaran Malaysia hari ini. Tefon pintar yang hadir dalam pilihan tiga variasi untuk pasaran tempatan ini dilengkapkan dengan cipset Snapdragon 660 2.2GHz.
Untuk spesifikasinya, ia menawarkan paparan skrin 6.3-inci FHD+ bersama-sama kamera utamanya yang mempunyai tetapan dwi-kamera 48MP + 5MP. Telefon pintar terbaru keluaran Redmi ini hadir dengan bateri berkapasiti 4,000mAh yang turut menyokong fungsi pengecasan pantas.
Antaramuka yang digunakan oleh telefon pintar ini merupakan MIUI 10 yang dibina berasaskan sistem operasi Android 9.0 Pie.
Dari segi sambungannya pula, telefon pintar ini turut menyertakan bersama Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac, GPS, Bluetooth v5.00, USB Type-C, 3G, dan 4G dengan 4G aktif pada kedua-dua slot kad SIM. Penderia-penderia yang disediakan termasuklah accelerometer, ambient light sensor, gyroscope, proximity sensor, dan penderia cap jari. Redmi Note 7 turut menyokong fungsi menyahkunci melalui pengecaman wajah.
Sebagaimana yang dinyatakan tadi, telefon pintar terbaru keluaran Redmi ini hadir dengan tiga pilihan konfigurasi memori dan storan, iaitu:
- 3GB RAM / 32GB = RM679
- 4GB RAM / 64GB = RM799
- 4GB RAM / 128GB = RM949
Redmi Note 7 akan mula dijual ke pasaran Malaysia bermula 27 Mac 2019 nanti.