Utama Android Redmi Redmi Note 12 Turbo dilancarkan; Hadir dengan Snapdragon 7+ Gen 2, Skrin...

Redmi Note 12 Turbo dilancarkan; Hadir dengan Snapdragon 7+ Gen 2, Skrin OLED FHD 6.67-inci 120Hz

435
0
Redmi Note 12 Turbo

Redmi Note 12 Turbo kini dilancarkan secara rasminya pada harga CNY 1,999 (~RM1,279), menampilkan pemprosesan Qualcomm Snapdragon 7+ Gen 2. Telefon pintar ini juga didatangkan dengan pilihan RAM 8GB, 12GB dan 16GB, serta storan 256GB, 512GB, dan 1TB.

Skrinnya pula dilengkapkan dengan paparan fleksibel OLED 12-bit 6.67-inci beresolusi FHD+ dan kecerahan puncak 1000 nits. Ia juga mempunyai gamut warna DCI-P3 100%, kadar penyegaran semula 120Hz serta sokongan HDR10+ dan Dolby Vision.

Untuk kameranya pula, Redmi Note 12 Turbo mempunyai tri-kamera di belakangnya yang terdiri kamera utama 64MP (OIS), ultra-lebar 8MP, dan makro 2MP. Di sebelah hadapannya pula disediakan kamera 16MP yang ditempatkan pada tengah-tengah atas bahagian berpenebuk lubangnya.Redmi Note 12 Turbo Skrin

Melengkapkan spesifikasinya, bateri berkapsiti 5,000mAh dengan pengecasan pantas 67W. Telefon pintar yang hadir dengan ruangan penyejukan pengewapan 3,725mm ini juga mempunyai sokongan dwi 5G, Wi-Fi 6, NFC dan sinaran infra-merah dan bicu audio 3.5mm.

Setakat ini masih belum diketahui bilakah ia akan hadir ke pasaran Malaysia. Berdasarkan harga ketika ia diumumkan untuk pasaran China, harga bagi varian RAM 8GB RAM + storan 256GB dijual pada 1,999 CNY (~RM1,279).

Manakala varian RAM 12GB dan storan 256GB pula berharga 2,099 CNY (~RM1,343) dan RAM 12GB storan 512GB pula berharga 2,299 CNY (~RM1,471). Varian paling mahal pula dengan RAM 16GB dan storan 1TB pula dijual dengan harga 2,599 CNY (~RM1,663).

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.