Utama Android Realme realme Note 70 kini di Malaysia; Berharga RM449

realme Note 70 kini di Malaysia; Berharga RM449

188
0

Rentetan daripada pengumuman pada awal minggu ini, realme telah melancarkan Note 70 di Malaysia. Telefon pintar ini merupakan model peringkat pemula terkini berkesinambungan dari Note 60 yang dilancarkan pada November tahun lepas.

Menampilkan paparan LCD 6.74-inci beresolusi 720p dengan kadar penyegaran semula 90Hz dan kecerahan puncak 563 nits, telefon pintar ini juga menyediakan pengimbas cap jari pada butang sisinya. Selain itu, ia juga didatangkan dengan penarafan IP54 untuk kerintangan debu dan air serta MIL-STD 810H untuk bertahan apabila terjatuh.

Di dalamnya, Note 70 dilengkapkan dengan pemprosesan Unisoc T7250 bersama-sama RAM 6GB dan storan 128GB. Menguasakan telefon pintar ini, sebuah bateri berkapasiti 6,300mAh yang menyokong pengecasan 15W turut disediakan. Menurut realme, bateri ini boleh bertahan selama dua hari untuk sekali cas.

Dari segi fotografi, ia menampilkan kamera utama 13MP di bahagian belakang, bersama-sama Pulse Light. Manakala di hadapan pula disediakan sebuah kamera 5MP.

realme Note 70 hadir dengan dua pilihan warna – Beach Gold dan Obsidian Black. Ia dijual pada harga RM499 menerusi kedai dalam talian rasmi realme, dan juga di ShopeeLazada, and TikTok Shop.

Tinggalkan komentar