Utama Mobile Android Realme akan lancarkan telefon pintar dengan kuad-kamera AI 64MP sekitar hujung 2019

Realme akan lancarkan telefon pintar dengan kuad-kamera AI 64MP sekitar hujung 2019

1021
0

Sebuah tweet dari Ketua Pegawai Eksekutif Realme India, Encik Madhav Sheth telah mendedahkan bahawa Realme sedang mengusahakan telefon pintar dengan penderia Samsung ISOCELL Bright GW1 64MP.

Penderia berkenaan diumumkan bersama-sama penderia ISOCELL Bright GM2 48MP yang dikemas kini bulan lepas. Encik Sheth turut berkongsikan foto sampel yang diambil menggunakan telefon pintar berkenaan berlabelkan “64MP AI Quad Camera”.

Tweet tersebut turut menjelaskan Samsung ISOCELL Bright GW1 adalah penderia terbesar boleh digunakan untuk telefon pintar masa kini pada 1/1.72 “. Memandangkan saiz penderianya yang besar, ia turut menawarkan saiz piksel 1.6um yang amat mengagumkan. Saiz piksel yang besar dapat membantu penderia memberikan hasil yang mengagumkan walaupun dalam keadaan kurang pencahayaan.

Selain daripada resolusi untuk kamera utamanya, Encik Sheth setakat ini tidak mendedahkan apa-apa butiran penting lain mengenai telefon pintar keluaran akan datang tersebut.

Sebagaimana model Realme yang dilancarkan sebelum ini, telefon pintar dengan kamera 64MP dari syarikat ini dijangka bakal dilancarkan di India terlebih dahulu sebelum ke pasaran lain. Sungguhpun tidak menyatakan tarikh spesifik pelancarannya, tweet berkenaan memaklumkan telefon pintar ini bakal hadir sekitar suku keempat tahun ini.

Kamera telefon pintar Realme terbaik setakat ini adalah Realme X, yang dilancarkan di China pada bulan lepas. Ia menawarkan penderia utama 48MP dengan aperture f/1.7 dan penderia kedalaman 5MP bersama-sama aperture f/2.4.

Sumber berita diperoleh dari Madhav Singh

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.