Android System Webview Tergendala

Sebahagian pengguna Android hari ini menghadapi masalah sesetengah aplikasi tergendala secara tiba-tiba. Punca kepada masalah ini adalah disebabkan oleh ralat pada apliaksi Android System Webview.

Google telah mengesahkan punca aplikasi-aplikasi yang tergendala ini adalah disebabkan oleh ralat pada kemaskini terbaru WebView. Masalah ini telah mengakibatkan pengguna tidak dapat mengakses ke aplikasi-aplikasi penting kegunaan harian seperti MySejahtera.

Pihak Google telah mengambil maklum berkenaan isu ini dan kemaskini pembaikan terbaru dilaporkan telah disediakan. Anda perlu mengemaskini aplikasi Android System Webview dan Google Chrome ke versi yang paling terkini.

Untuk mendapatkan kemaskini terbaru berkenaan, anda boleh melakukannya melalui Google Play. Seterusnya, taipkan pada kotak carian, “Android Webview” dan pada halaman aplikasi berkenaan, klik pada ‘Update’. Anda juga boleh mengulangi langkah yang sama untuk mengemaskini aplikasi Google Chrome.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.