Utama Monitor PRISM+ PRISM+ umumkan pelancaran TV QLED 4K Google pertama keluarannya di Malaysia

PRISM+ umumkan pelancaran TV QLED 4K Google pertama keluarannya di Malaysia

185
0

PRISM+ Malaysia baru-baru ini telah mengumumkan produk baharu keluarannya yang merangkumi model Q75 Ultra, Q65 Ultra dan Q55 Ultra.

Sebagaimana nama-nama model tersebut, ketiga-tiganya ditawarkan mengikut saiz skrin 75, 65 dan 55 inci dengan harga masing-masing RM4499, RM3299 dan RM2299.

PRISM+ Q Series Ultra ini juga merupakan TV QLED 4K pertama keluaran PRISM+ yang menggunakan dot kuantum dan molekul mikroskopik bagi meningkatkan cahaya dan warnanya. Ia seterusnya dikatakan mampu menghasilkan warna yang lebih bertenaga, lebih cerah dan kontras.

Selain itu, Q-Series Ultra ini juga didatangkan dengan HDR10+ dan Filmmaker Mode, yang membolehkan TV berkenaan mengesan dan memainkan kandungan tersebut dalam format yang asal. Turut disediakan sokongan Dolby Vision dan Dolby Atmos yang diintegrasikan di dalamnya.

Televisyen yang didatangkan dengan sistem Google TV secara lalai ini juga mempunyai Google Assistant terbina dalam dan juga sokongan untuk Chromecast.

Antaramuka baharu yang diperkenalkan ini juga menyertakan Kids Profile bagi membolehkan ibu bapa mengawal tontonan yang boleh ditayangkan kepada kanak-kanak. PRISM+ Malaysia juga bekerjasama dengan beberapa perkhidmatan penstriman seperti mewatch, Viu, WeTV, dan Durioo+ melalui langganan percubaan percuma selama 12 bulan.

PRISM+ Q Series Ultra QLED Google TV kini boleh didapati di pasaran bermula dari 16 Mei 2023 secara dalam talian di:

Serta di kedai-kedai fizikal PRISM+ bertempat di:

  • Lot F1.16A, Tingkat Satu, Sunway Pyramid
  • L2-211, East Wing, IOI City Mall

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.