Utama Teknologi Petang di Paloh 2

Petang di Paloh 2

724
2

Sudah lama bumi Paloh sudah tidak ditimpa hujan. Sempena peralihan monsun yang sedang berlaku ketika ini, petang tadi berlaku ribut petir. Betul-betul semasa aku ingin balik kerja petang tadi. Aku redah je. Alah, hujan menurun air dan bukannya api.

Dalam perjalanan, semasa melintasi kawasan padang MPK yang agak lapang, angin bertiup kencang disertai dengan hujan yang kasar. Jika tidak kena gaya kawalan motosikal aku, boleh tergolek dot aku kat tengah-tengah jalan. Sakit dapat, malu pun dapat.

Sampai di rumah, selesai mandi dan solat, aku terus membaringkan diri di atas ranjang. Peh, hujan-hujan cenggini memang sedap kalau dapat lelap. Memang aku terlelap pun lepas tu.

Sedar-sedar jam dah dekat pukul 8. Aku hairan. Biasanya, waktu-waktu Maghrib macam ni biasanya bini aku dah call bagitau yang dia dah sampai di rumah. Senyap aje. Apehal?

Tengok skrin hanset, kosong. Laa, patutlah senyap. Aku dah kasi turn off. Dah lepas tu tak reti-reti nak kasi on balik.

Lepas on, aku tengok ada 43 missed call.

Ribut petir pasti melanda jika aku tak pandai nak pujuk.

2 KOMEN

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.