Utama Teknologi Persoalan Sejarah

Persoalan Sejarah

865
2

Sejarah. Antara matapelajaran yang aku minat untuk pelajari masa di sekolah dahulu. Matapelajaran yang kebanyakan budak anggap paling membosankan. Mana tak bosan, dah harapkan apa yang kat dalam buku teks tu je. Belajar dengan cara yang skema pulak tu, seperti cara bagaimana untuk menghafal tarikh-tarikh peristiwa penting contohnya.

Sejarah bukan sekadar menghafal tarikh, ia adalah mengenai kisah manusia. Dah tu mesti ada sebab dan akibat. Sepertimana dalam cerita, ada permulaan dan ada pengakhiran.

Ingatan aku jenis lemah. Tak mampu untuk menghafal. Jauh bezanya dengan pelajar tahfiz.

Cara aku nak ingat adalah memahami sesuatu peristiwa itu secara kronologi. Cikgu aku pernah pesan, kalau nak seronok belajar sejarah kena fahamkan cerita dia dulu. Belajar sejarah ni macam kita tengok drama bersiri sekerat-sekerat. Kita bukannya boleh dapat tau pasal semua peristiwa dalam sejarah ni sekaligus kan. Ada bahagian-bahagian tertentu kita dapat. Lebih kurang info kita tentang sejarah ni macam jigsaw puzzle. Ada sikit-sikit, bila dah cantumkan, kita tau lebih sikit aje la. Tak banyak pun.

Eh, apehal aku pergi membebel macam nak bagi tips-tips penting menjelang SPM pulak. Perasan Dr Fadzilah Kamtumi betul lah aku ni.

Sebenarnya aku ada persoalan mengenai punca kejatuhan pasaran saham Wall Street tahun 1929 dan kesannya terhadap Depresi Besar, yakni di dalam bahasa penjajahnya dikenali sebagai The Great Depression.

Ada apa-apa info?

Imej dari theunquietlibrary.libguides.com

2 KOMEN

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.