Utama Samsung Peranti Boleh Lipat sedang mengubah Pasaran dan Samsung kini menerajui Perubahan tersebut...

Peranti Boleh Lipat sedang mengubah Pasaran dan Samsung kini menerajui Perubahan tersebut -TM Roh

320
0

Ketika kunjungannya ke Indonesia baru-baru ini, TM Roh telah menyatakan keyakinannya dalam meneruskan populariti telefon pintar boleh lipat di seluruh dunia.

Selain membincangkan mengenai hala tuju pasaran peranti mudah alih, beliau turut menyatakan pandangan beliau terhadap pasaran peranti mudah alih di Asia Tenggara dan peranan teknologi dalam membentuk masa hadapan.

Menyerlahkan potensi Peranti Boleh Lipat

Tambah beliau lagi, telefon pintar boleh lipat keluaran Samsung telah memberikan definisi apa yang mampu dilakukan di dalam industri sebagaimana yang pernah dibuktikan oleh siri Galaxy Note sebelum ini. Menurut beliau lagi, Samsung akan terus membentuk piawaian baharu di dalam teknologi mudah alih.

“Peranti mudah alih sedang mengubah dan membentuk pasaran mudah alih. Selaku peneroka dan pengasas kategori telefon pintar boleh lipat, kami menumpukan usaha menyediakan pengalaman peranti boleh lipat yang lebih hebat bagi mempertingkatkan mutu kehidupan harian pengguna kami,” ujar TM Roh, Presiden dan Ketua Perniagaan Samsung Electronics MX (Mobile eXperience).

“Kami akan terus membangunkan kelebihan unik peranti boleh lipat Galaxy seperti menonton pada skrin yang lebih besar menggunakan peranti yang lebih padat dan lasak, mengambil foto dan video dalam mod Flex, melakukan pelbagai tugasan di dalam skrin terbahagi dengan S Pen dan juga menikmati pengalaman kepenggunaan unik dengan faktor bentuk boleh lipat baharu. Kami juga akan terus mempertingkatkan pengalaman peranti boleh lipat menerusi kerjasama dengan peneraju industri seperti Google bagi menyokong lebih banyak aplikasi dan perkhidmatan bagi peranti boleh lipat,”

Populariti faktor bentuk boleh lipat dijangka akan terus meningkat. Pada tahun 2021, jumlah jualan telefon pintar boleh lipat di seluruh dunia meningkat lebih dari empat kali ganda berbanding tahun 2020, melebihi unjuran pertumbuhan pasaran sehingga tiga kali ganda.

Kejayaan siri Galaxy Z merupakan bukti terbaik permintaan yang menggalakkan dari pengguna terhadap peranti boleh lipat. Jualan Galaxy Z Fold 3 5G dan Z Flip 3 5G di dalam tempoh sebulan sahaja telah melepasi jumlah jualan keseluruhan peranti boleh lipat sepanjang tahun 2020.

Pengalaman kepenggunaan Mudah Alih terbaik di dalam Kelas yang tersendiri untuk semua Pengguna Telefon Pintar

Mengenai matlamat Samsung dalam menjadikan teknologi terkini dan terbaik di dalam pembangunan mudah alih lebih meluas, beliau menyatakan, “Untuk lebih dari sedekad, Samsung telah memainkan peranti penting dalam membentuk asas untuk generasi baharu ketersambungan 5G melalui kerjasama erat dengan badan kawal selia dan penyedia perkhidmatan di Asia Tenggara. Sungguhpun rangkaian 5G masih lagi terhad di rantau ini, saya komited untuk memastikan pelanggan di rantau ini dipersiapkan untuk menerima manfaat dari ketersambungan 5G sebaik sahaja infrastrukturnya tersedia. Saya juga yakin peranti 5G keluaran Samsung akan menjadi pilihan utama pengguna di Asia Tenggara dan Ocenia, serta di seluruh pelosok dunia,”

Teknologi 5G merupakan kunci utama integrasi pengalaman mudah alih dengan ekosistem Samsung Galaxy dengan telefon pintar Galaxy peranan sebagai habnya. Ekosistem berkenaan menawarkan pengalaman saling berhubungan yang lebih lancar di antara telefon pintar dengan pelbagai peranti seperti produk-produk Galaxy Watch, Buds, malah pengalaman mirip PC dengan tablet Galaxy menerusi Samsung Dex.

Ujar beliau lagi, “Sedang kami terus memberikan tumpuan terhadp usaha meningkatkan pengalaman kepenggunaan telefon pintar kepada pengguna, kami juga mengambil maklum tentang pertambahan permintaan terhadap gaya hidup saling berhubungan. Kami akan terus melakukan inovasi bagi menambahbaik dan memperluaskan ekosistem kami untuk membawakan lebih keselesaan buat pengguna Galaxy dan membantu mengecapi aspirasi pengguna kami.”

Beliau turut menyatakan mengenai kepelbagai kaum dan budaya di rantau Asia Tenggara yang turut merangkumi pasaran sedang membangun di mana telefon pintar peringkat menengah terus memainkan peranan penting untuk Samsung.

“Melalui pemahaman yang baik tentang keperluan pengguna sasaran, kami mampu mengekalkan tahap kemampuan pemilikan telefon pintar peringkat menengah kami sambil menyediakan pengalaman peranti mudah alih yang bagus disamping memberikan tumpuan memperkasakan spesifikasi ciri utama produk seperti bateri, memori, prestasi dan keupayaan 5G. Selain itu, pelbagai ciri dari telefon pintar mercu seperti kamera yang dipertingkatkan, kerintangan debu dan air turut diperluaskan ke siri Galaxy A,” ujar TM Roh.

Membentuk masa hadapan dengan Usaha Kelestarian Inovatif

Mengenalpasti peranan yang dimainkannya dalam menggunakan teknologi demi kebaikan, Samsung telah memperluaskan komitmennya di dalam Galaxy for the Planet dan mengetengahkan kelestarian sebagai asas inovasinya. “Saya sering menekankan kepentingan kelestarian dalam setiap perkara yang kita lakukan, dari cara kita membuat rekaan, menghasilkan dan mendapatkan semula material dalam seluruh kitaran hayat produk bagi melindungi planet kita,” tambah TM Roh lagi.

Beliau turut mengetengahkan bagaimana Samsung sedang bekerjasama rapat dengan sekumpulan anak muda yang inginkan perubahan menggunakan teknologi bagi menghasilkan inovasi untuk umat manusia dan menggerak komuniti global menersu Generation17. Usahasama global dengan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) ini mensasarkan untuk mempertingkatkan keberkesanan mencapai 17 Global Goals.

Februari tahun ini, dua pemimpin muda Generation17 dari Asia Tenggara dan Oceania telah dijemput menyertai inisiatif global yang dibuat julung kalinya. Kedua-dua anak muda yang dimaksudkan adalah : Tamara Dewi Gondo Soerijo dari Indonesia, pengasas perusahaan sosial memperkasakan pelarian wanita dengan menyediakan peluang mempertingkatkan kemahiran, dan Thuy Anh Ngo dari Vietnam, yang melancarkan aplikasi mudah alih bagi memberikan tunjuk ajar kepada warga emas mengenai kesihatan fizikal dan mental.

Rantau Asia Tenggara dan Ocenia yang mempunyai jumlah populasi belia yang besar sedang mengalami pertumbuhan yang pesat di dalam ekonomi digital yang dipacu oleh anak-anak mudanya yang berjiwa besar, bercita-cita tinggi dan juga pengetahuan teknologinya yang luas.

TM Roh juga menyatakan, “Sebab kenapa kami di Samsung perlu menjuarai dunia yang lebih terbuka adalah kerana masa depan memerlukannya. Pengguna-pengguna kami yang muda inginkan pengalaman yang tulen dan lebih keperibadian sebagai cara meluahkan pandangan diri dan menghasilkan peluang yang baharu. Kami berbangga dalam mewujudkan dunia di mana teknologi menghubung dan memberikan inspirasi kepada kita semua,”

Untuk maklumat lanjut mengenai siri Galaxy Z, layari pautan berikut:

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.