Subsidi Jaringan Prihatin Maxis

Di dalam pembentangan Belanjawan 2021 lalu, kerajaan telah menyediakan peruntukan subsidi RM 2 billion untuk di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa).

Sebanyak RM 180 diperuntukan bagi isi rumah yang tidak mempunyai anak dan RM 300 pula bagi isi rumah yang mempunyai anak berusia 18 tahun ke bawah.

Anda boleh membuat semakan kelayakan bermula dari hari ini dan permohonan ini dikhususkan kepada penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Jika anda merupakan penerima BPR dan menggunakan Maxis atau Hotlink, anda boleh membuat semakan melalui aplikasi mudah alih masing-masing.

Melalui Program Jaringan Prihatin ini, isi rumah yang layak akan menerima subsidi dalam bentuan pembelian pelan data atau pakej telefon pintar melalui syarikat telekomunikasi yang dipilih oleh penerima. Anda yang layak boleh mendaftar untuk Program Jaringan Prihatin ini sehingga 31 Julai 2021.

Bagi isi rumah yang tidak mempunyai anak (bujang atau berkahwin tetapi tiada anak), Maxis memberikan subsidi dalam bentuk kredit RM15 selama 12 bulan. Atau subsidi RM180 untuk pembelian telefon pintar.Subsidi Jaringan Prihatin

Isi rumah yang mempunyai anak berusia 18 tahun ke bawah pula (berkahwin atau bujang), kredit RM15 selama 12 bulan juga akan diberikan. Atau RM300 untuk pembelian telefon pintar.

Kesemua subsidi ini akan disertakan bersama data Prihatin 2GB percuma pada setiap hari.

Layari laman web Maxis untuk maklumat lanjut Program Jaringan Prihatin dan membuat semakan kelayakan anda hari ini.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.