Utama Mobile Aplikasi Bantuan PRIHATIN Nasional untuk Pemohon Baharu dan Rayuan akan dibayar Mei ini

Bantuan PRIHATIN Nasional untuk Pemohon Baharu dan Rayuan akan dibayar Mei ini

1472
0

Permohonan baharu dan rayuan untuk Bantuan PRIHATIN Nasional (BPN) akan menerima bayaran pada bulan Mei 2020. Pembayaran akan dibuat selepas Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) membuat semakan dan pengesahan.

Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz, sehingga 12 April 2020, sejumlah 8.3 juta penerima telah diluluskan permohonan. Seramai 6.6 juta penerima telah menerima bantuan yang berjumlah RM4.9 billion. Setakat minggu ini, iaitu di antara 13 -15 April 2020, lebih kurang 1.5 juta penerima telah disalurkan bantuan sejumlah RM750 juta.

Tambah beliau lagi, “Permohonan baharu adalah 2.77 juta manakala jumlah permohonan rayuan adalah 274 ribu.

“Bagi golongan permohonan baharu dan rayuan, keputusan dan pembayaran akan dibuat dalam bulan Mei selepas semakan dan verifikasi dilakukan oleh LHDN,”

Melalui Bantuan PRIHATIN Nasional, peruntukkan di antara RM500 hingga RM1,600 disediakan oleh pihak kerajaan bagi setiap isi rumah dan individu yang layak. Tujuan bantuan ini disediakan adalah bagi meringankan beban rakyat berpendapatan kategori B40 dan M40 menghadapi cabaran penularan wabak COVID-19.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.