Utama Mobile Aplikasi PDRM gesa Orang Ramai tidak kongsikan Maklumat ‘Roadblock’ di dalam Waze

PDRM gesa Orang Ramai tidak kongsikan Maklumat ‘Roadblock’ di dalam Waze

568
0
PDRM gesa Orang Ramai tidak kongsikan Maklumat ‘Roadblock’ di dalam Waze

Polis DiRaja Malaysia (PDRM) meminta orang ramai berhenti berkongsi maklumat mengenai kehadiran polis dan sekatan jalan raya melalui aplikasi navigasi Waze. Menurut ketua polis KL, Datuk Azmi Abu Kassim, melaporkan kehadiran polis hanya akan menghalang usaha penguatkuasaan terhadap pemandu yang memandu di bawah pengaruh alkohol atau melakukan kesalahan jalan raya yang lain.

Pengguna jalan raya harus sedar tentang bahaya yang mereka hadapi daripada pemandu mabuk, pemandu yang melanggar lampu merah, dan mereka yang memandu melawan arus lalu lintas, kata Azmi. Beliau berharap orang ramai memberi kerjasama kepada polis dan bukannya cuba membantu pesalah jalan raya.

Laporan di dalam Waze tentang kehadiran polis ialah ciri standard yang membantu pengguna jalan raya lain mengurangkan kelajuan mereka pada kemungkinan perangkap kelajuan dan mengelakkan sekatan jalan raya.

Sungguhpun tidak jelas sama ada menggunakan ciri pelaporan Waze adalah menyalahi undang-undang di Malaysia, namun menggunakan telefon semasa memandu adalah menjadi satu kesalahan. Di Perancis, melaporkan kehadiran polis pada aplikasi mudah alih merupakan satu kesalahan yang boleh dikenakan tindakan.

Tahun lepas, pasukan polis Surrey di UK menimbulkan kontroversi apabila mereka sengaja memasukkan laporan kehadiran polis di Waze sebagai usaha untuk mendidik pemandu dengan lebih berhemah. Menurut pasukan polis tersebut, tindakan mereka memanfaatkan teknologi ini merupakan satu langkah yang bijak dan inovatif, dan bukannya disebabkan pemotongan bajet dalam operasi.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.