Utama Komputer PC dengan Intel Skylake boleh dihidupkan dengan menggunakan Suara anda

PC dengan Intel Skylake boleh dihidupkan dengan menggunakan Suara anda

798
0

Pemprosesan Intel Core generasi keenam, Skylake meneruskan kesinambungan dengan menampilkan kuasa pemprosesan yang lebih mantap dan lebih cekap. Selain dari itu, ia juga hadir dengan ciri unik seperti membolehkan pengguna menghidupkan PC dengan menggunakan arahan suara.Intel Core 6th Gen

Cara ia berfungsi hampir sama seperti mana Google Now berfungsi pada Moto X atau Nexus 5 dan kini Intel Skylake tidak ketinggalan dengan menampilkan fungsi arahan suara ini.

Pemprosesan ini menggunakan ciri pengaktifan suara ini dengan memproses isyarat digital berkuasa rendah (low-power Digital Signal Processing atau DSP). Konsepnya hampir sama sama seperti adapter rangkaian yang dalam keadaan bersedia untuk ”mendengar” paket wake-on-LAN. Apabila DSP mengesan perkataan yang tertentu yang digunakan oleh pengguna, komputer secara automatik terus ”dikejutkan”.

Fungsi ini telah pun diperkenalkan pada pemprosesan Intel Core M pada tahun lalu, namun pada ketika itu ia masih lagi memerlukan perisian untuk membolehkan fungsi ini digunakan sepenuhnya. Kini, dengan kehadiran Windows yang turut disertakan bersama perisian Cortana membolehkan ia digunakan.

Bagi sesetengah pihak, fungsi ini mungkin akan mengganggu privasi mereka kerana dibimbangi mikrofon pada peranti tersebut akan sentiasa terpasang dan akan merekodkan segala perbualan pengguna.

Sebelum ini Microsft pernah memperkenalkan ciri yang hampir serupa dengan mewajibkan pemasangan Kinect pada konsol permainan Xbox One. Namun, Microsoft akhirnya terpaksa membenarkan pengguna untuk tidak memasang Kinect kerana mendapat tentangan dari pengguna yang mengutamakan privasi.

Untuk fungsi wake-on-voice ini, pengguna bagaimanapun bebas untuk mematikan fungsi ini dan boleh menghidupkan komputer dengan menekan butang seperti biasa. Alaa, setakat nak on komputer tu pun takkan lah malas sangat sampai nak pakai mulut jugak. Agak kalau dah malas sangat nak on tu, pakai kaki pun bole. Kan?On PC Pakai Kaki

-Sumber berita diperoleh dari Gizmodo

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.