Utama Komputer Palit dedahkan kad grafik flagship GTX 1080 Dual OC Edition

Palit dedahkan kad grafik flagship GTX 1080 Dual OC Edition

690
0

Palit telah mengumumkan kad grafik flagship yang terbaru keluarannya, GeForce GTX 1080 Dual OC Edition. Menurut Palit, walaupun kad grafik ini adalah berdasarkan kad grafik GTX 1080 asal dari Nvidia, ia hadir dengan teknologinya yang tersendiri menjadikannya lebih baik sedikit dari edisi asal kad grafik berkenaan.

Dari segi rekaannya, GTX 1080 Dual OC direka bagi menawarkan pengguna prestasi yang berbaloi pada kosnya. Ia menampilkan teknologi 0-dB Tech – yang menawarkan fungsi kipas penyejukan dihidupkan secara automatik hanya jika cip pemprosesan grafik Pascal GP104 mencapai suhu 50°C.

Sebagai tambahan, GTX 1080 Dual OC juga dilengkapi dengan pendakap yang bercorak sarang lebah yang bertujuan meningkatkan aliran udara sehingga 15 peratus.

Kad grafik ini menawarkan kelajuan asas pada 1620MHz dan 1759MHz apabila kelajuan kloknya dipertingkatkan. Palit sehingga kini masih belum menghebahkan tarikh dan harga kad grafik ini ke pasaran global.

Sumber berita diperoleh dari VideoCardz

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.