Salah satu masalah yang sering membelenggu pengguna PC yang sudah menggunakan sesebuah komputer itu terlalu lama adalah masalah ruang storan. Fail-fail dan program-program yang ditempatkan di dalam hard disk akan penuh jua pada suatu masa tidak kira sebesar mana kapasiti yang boleh ditampungnya.
Masalah ini dapat diselesaikan dengan cara menambahkan kapasitinya dengan menempatkan sebuah lagi hard disk atau memindahkannya ke external hard disk.
Bagaimanapun, untuk mendapatkan hard disk yang baru memerlukan masa untuk anda mendapatkannya dan bergantung dengan bajet semasa anda juga. Langkah penyelesaian sementara yang boleh anda lakukan adalah dengan memadamkan fail-fail yang tidak diperlukan atau tidak penting.
Atau, anda juga boleh mencari dan memadamkan fail-fail pendua (duplicate) yang memenuhi ruang storan PC anda. Ada sesetengah masa mungkin anda tidak sedar yang anda telah memasukkan fail-fail yang sama ke dalam komputer dan memadamkannya tentu tidak akan mengganggu urusan kerja anda pada komputer berkenaan.
Bagi memudahkan kerja-kerja memadam fail-fail pendua ini, sebaiknya anda menggunakan perisian bagi melancarkan proses serta dapat mengelakkan sebarang kekhilafan sewaktu anda memilih dan memadamkannya. Antara perisian-perisian yang boleh dicuba adalah;
dupeGuru Picture Edition
Sebagaimana namanya diberi, perisian ini akan mencari sebarang fail-fail imej pendua yang ditemukan di dalam folder-folder imej. Lagipun, imej adalah fail yang kerap dijadikan pendua tanpa sengaja oleh pengguna memandangkan penggunaan telefon pintar dilengkapi kamera semakin meluas. Oleh itu, kita mungkin tidak sedar memasukkan imej yang sama sewaktu memindahkan fail imej dari telefon ke PC.
Cara penggunaan perisian ini juga amat mudah dengan pengguna hanya perlu memilih folder mana yang ingin dibersihkan. Kemudian, tekan butang Scan untuk memulakan tugasan carian. Seterusnya, anda tentukan fail-fail mana yang anda ingin kekalkan dan yang mana anda ingin padamkan.
DoubleKiller
DoubleKiller merupakan perisian carian fail pendua serbaguna yang mampu mengimbas folder, keseluruhan hard disk serta malah pada komputer-komputer lain di dalam rangkaian anda. Perisian ini akan membandingkan fail-fail melalui nama, saiz, tarikh ubah suai dan juga kandungannya.
Perisian ini juga mengizinkan anda untuk membuat pengecualian pada fail-fail tertentu mengikut nama, saiz atau jenisnya (.doc, .mp4, .ppt dan sebagainya).
Fungsi yang disediakan oleh perisian ini memang menarik. Tetapi antaramukanya sedikit mengelirukan dan memerlukan sedikit masa untuk memahami cara penggunaannya terlebih dahulu.
Winmerge
Perisian ini sangat-sangat berguna bagi pengguna yang mempunyai terlalu banyak fail-fail dokumen ataiu teks yang sama dan perlu memadamkannya. Winmerge akan membantu anda membandingkan antara dua versi dokumen dan memberikan anda pilihan untuk menggabungkannya menjadi satu fail yang baru.
Berbeza dengan perisian-perisian yang disebutkan di atas, perisian ini bukanlah bertujuan mencari fail-fail pendua di dalam hard disk anda. Ia hanyalah sekadar perisian yang menjejak dan membandingkan fail-fail dokumen dengan versi-versi ubahsuainya.
Apapun, melalui tiga jenis perisian yang diterangkan melalui artikel ini, diharapkan dapat membantu anda sebagai pengguna untuk memberikan sedikit tambahan ruang terutamanya bagi pengguna yang hard disk nya sudah hampir penuh.
ohh, senang la kalau ada perisian yang memudahkan kerja nak detect file yang sama.
Hey there, You have done a fantastic job. I will definitely digg it and personally recommend
to my friends. I am sure they will be benefited from this web site. http://unitedsocieties.info/groups/tips-regarding-how-to-shop-for-a-bunk-bed-and-a-bunk-bed-mattress/