Utama Mobile Aplikasi Pakej P-Hailing RAHMAH diperkenalkan untuk Pekerja Ekonomi Gig; Pelan Mudah Alih bermula...

Pakej P-Hailing RAHMAH diperkenalkan untuk Pekerja Ekonomi Gig; Pelan Mudah Alih bermula dari RM33 untuk 40GB

115
0
Imej dari Facebook Fahmi Fadzil

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil pada hari ini telah memperkenalkan Pakej P-Hailing RAHMAH, sebuah inisiatif yang menawarkan pekerja ekonomi gig (termasuk pemandu dan penunggang) pelan internet mudah alih eksklusif pada harga mampu milik.

Pakej ini merupakan hasil kerjasama strategik di kalangan penyedia perkhidmatan telekomunikasi tempatan yang terdiri daripada:

  • CelcomDigi
  • Maxis
  • U Mobile
  • Unifi Mobile
  • Yes 5G

Serta melibatkan platform P-Hailing tempatan iaitu:

  • FoodPanda
  • Grab
  • Bungkusit
  • Halo Delivery
  • iHantar
  • Lalamove
  • MatDespatch
  • Parcel365
  • RideRunner
  • Shopee
  • Fasz Food
  • Lazada Logistics
  • Belibeli
  • iGoGet
  • GoGet
  • GoLog

Pakej P-Hailing RAHMAH akan menyediakan pelan mudah alih dari lima penyedia perkhidmatan telekomunikasi pada harga bermula dari RM33. Ia didatangkan dengan peruntukan data minima 40GB. Setiap pakej mempunyai kelainan masing-masing mengikut persetujuan diantara syarikat-syarikat telekomunikasi dan platform p-hailing yang menyertai.

Menerusi laman soalan lazimnya, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menyatakan Pakej P-Hailing RAHMAH tidak akan mempunyai kontraik yang mengikat dan pengguna dibenarkan untuk menamatkan perkhidmatan pada bila-bila masa. Bagaimanapun, penamatan langganan akan dikenakan penalti minima untuk pelan kad SIM.

Pelan ini dibuka bermula dari sekarang sehingga 23 April 2024 dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang merupakan pekerja p-hailing yang berdaftar dengan penyedia platform masing-masing. Syarat-syarat untuk langganan pelan yang dipilih pula tertakluk kepada terma yang telah ditetapkan oleh setiap syarikat telekomunikasi.

Pekerja-pekerja p-hailing yang layak akan dikenalpasti oleh penyedia perkhidmatan p-hailing masing-masing dan akan dijemput untuk melanggan pakej pelan menerusi notifikasi mudah alih.

Halaman soalan-soalan lazim juga mendedahkan pekerja-pekerja ekonomi gig yang masih lagi terikat dengan pakej kontrak peranti dengan mana-mana telco masih dibenarkan untuk melanggan Pakej P-Hailing RAHMAH dengan pelan SIM baharu. Begitu juga untuk pekerja-pekerja yang masih lagi terikat dengan pakej pelan sedia ada bergantung dengan terma dan syarat yang telah dipersetujui oleh syarikat telekomunikasi dan penyedia perkhidmatan p-hailing yang turut serta.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.