Utama Fotografi OPPO menjemput rakyat Malaysia untuk meraikan warisan budaya tempatan yang kaya melalui...

OPPO menjemput rakyat Malaysia untuk meraikan warisan budaya tempatan yang kaya melalui seni teknologi imej mudah alih

51
0

KUALA LUMPUR, 28 Mei 2024 – OPPO hari ini mengumumkan matlamatnya untuk meraikan budaya tempatan melalui teknologi imej inovatif dan kecerdasan buatan (AI) mudah alih; inisiatif yang disokong oleh Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) dan Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya (MOTAC), mengiktiraf Malaysia yang kaya dengan warisan budaya, hasil integrasi daripada latar belakang pelbagai kaum dan budaya yang berbeza.

Komitmen OPPO kepada Teknologi untuk Manusia, Kebaikan untuk Dunia, mendorong jenama ini untuk menggalakan rakyat untuk mengambil gambar dan mengekalkan budaya dan tradisi yang kian pudar di negara kita melalui kempen #OPPOMalaysiaThroughTheLens, sebagai sebahagian daripada pertandingan fotografi imagine IF untuk tahun ini. Melalui inisiatif ini, OPPO berharap untuk menyemarakkan semula tradisi warisan negara, agar masyarakat menjadi lebih harmoni dan berempati.

Ketua Pemasaran OPPO Malaysia, Monica Chin, menekankan kepentingan budaya yang menghubungkan masa lalu dengan masa depan kita dan cara generasi muda hari ini mampu menafsirkan dan menikmati warisan melalui teknologi, termasuk AI khususnya.

“Sebagai jenama yang teguh percaya pada peranan teknologi dalam meningkatkan taraf kehidupan manusia, kami teruja untuk bekerjasama dengan Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) dan Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya (MOTAC) untuk menonjolkan kisah budaya Malaysia yang kaya, memeliharanya untuk generasi akan datang sambil menceritakannya melalui lensa dan perspektif imej mudah alih. Kami telah melabur dalam teknologi imej secara strategik, sama ada dari segi perkakasan atau perisian, dan kami akan sentiasa membangunkan penemuan baru dalam fotografi mudah alih. Kami berharap dengan adanya inovasi AI yang disediakan dalam telefon pintar kami, pengguna boleh membentuk semula pengalaman mereka dan melepaskan kreativiti tanpa batasan, menangkap detik-detik budaya ini melalui lensa mereka,” kata Monica Chin.

Menteri Pendidikan merangkap Presiden Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia, YB Fadhlina Sidek berkata, “Dalam Persidangan Agung ke-42 Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Budaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) yang diadakan pada November 2023, Malaysia telah berkongsi di pentas dunia akan usaha-usaha Malaysia dalam memulihara dan memelihara pakaian tradisional kita dalam mendukung agenda UNESCO dan Matlamat Pembangunan Mampan 2030 (SDG 2030). Melalui inisiatif OPPO ini, kami berharap untuk mempromosi pelbagai seni tradisional dan warisan budaya milik Malaysia, dan Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia  mendukung inovasi-inovasi teknologi sebagai medium yang memelihara kepelbagaian budaya bagi generasi akan datang.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, YB Dato’ Sri Tiong King Sing berkata, “Kementerian Pelancongan, Seni dan budaya amat berbangga berkerjasama dengan OPPO dan Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) dan menjadi sebahagian draipada kempen OPPO Malaysia Through the Lens. Penggunaan teknologi OPPO sera inisiatif ini dapat dikongsikan kepada dunia tentang amalan dan sejarah budaya yang lebih mendala. Kerjasama ini juga dapat memaparkan kekayaan budaya Malaysia dan mencapai misi negara untuk meraikan dan memlihara wariasan budaya.”

Melalui lensa masa depan teknologi 

Sebagai sebahagian daripada kempen #OPPOMalaysiaThroughTheLens, jenama ini akan memperkenalkan lima bentuk seni budaya Malaysia yang berbeza melalui lensa siri OPPO Reno yang terbaru. Dengan melancarkan siri fotografi dan filem jenama, OPPO akan memperkenalkan seni Wayang Kulit, di mana tok dalang, Pak Dain dan artis ‘fusion Wayang Kulit yang terkenal, Tin Toy, akan bergabung dalam memelihara tradisi budaya yang memudar melalui persembahan Wayang Kulit. Filem dokumentari pendek ini bertujuan untuk memberi tumpuan kepada usaha pasangan ini dan usaha kreatif mereka dalam memastikan warisan ini kekal sebagai salah satu bentuk seni terulung di negara kita. 

Dion Das Louis berusia 8 tahun dalam pakaian tradisionalnya mempersembahkan Tarian Ngajat
Dion Das Louis berusia 8 tahun dalam pakaian tradisionalnya mempersembahkan Tarian Ngajat

Melalui siri dokumentari dan fotografi pendek yang akan datang, OPPO akan menerokai seni tarian Ngajat, simbol warisan bagi warga Sarawak, dari sudut pandangan Dion Das Louis yang berumur lapan tahun. Dion Das Louis telah mengambil tanggungjawab mempelajari seni ini untuk merwarisi budaya tarian Ngajat kepada generasi seterusnya, menggabungkan tradisi dan pemodenan melalui persembahannya.

Kesenian Magagung dipersembahkan oleh sekumpulan pemuda Kadazan
Kesenian Magagung dipersembahkan oleh sekumpulan pemuda Kadazan

OPPO juga akan menonjolkan Seni Magagung melalui filem dokumentari tentang pemeliharaan budaya ini dengan bantuan sekumpulan lelaki muda Kadazan melalui usaha mereka untuk mengekalkan upacara dan amalan tradisional, yang merupakan perpaduan warisan mereka dengan alam semula jadi yang megah.

Di bandaraya Melaka yang meriah, tradisi lama Dondang Sayang berkembang dalam empat komuniti yang berbeza – Melayu, Baba Nyonya, Chitty, dan Portugis, dan siri dokumentari keempat ini akan mengeksplorasi gabungan menawan antara muzik, lagu, dan puisi, yang mencerminkan semangat perpaduan dan kekayaan budaya dalam komuniti-komuniti ini.

Sebagai sebahagian daripada siri dokumentari yang terakhir, jenama ini meneroka warisan unggul Opera Cina di Pulau Pinang yang terus berkembang sehingga hari ini, berkat usaha penyanyi yang berdedikasi, Ling Goh. Filem dokumentari ini akan menyelami dunia Opera Cina yang menarik, meninjau kepentingan budaya dan pemahaman silang budaya, menonjolkan daya tarik yang berterusan melalui Opera Cina dan maknanya dalam lanskap budaya Pulau Pinang.

Dengan menyerlahkan esensi budaya yang membentukkan kita sebagai rakyat Malaysia, OPPO akan memelihara detik-detik ini melalui pernerbitan buku meja kopi yang akan dikeluarkan sempena bulan kebangsaan sebagai perayaan bentuk seni unik kita.

Bercerita tentang budaya melalui imagine IF

Anugerah imagine IF Photography Awards 2024 oleh OPPO yang ditunggu-tunggu kini kembali, menyemarkkan minat berkaitan fotografi orang ramai melalui fotografi mudah alih. Peminat fotografi dijemput untuk menyertai OPPO dalam menonjolkan esensi budaya tempatan dengan menghantar fotografi budaya Malaysia mereka yang menakjubkan kepada #OPPOimagineIF dan berpeluang untuk memenangi sehingga USD 24,000.

Anugerah OPPO imagine IF Photography 2024 mempunyai sembilan kategori yang berbeza, iaitu kategori Lanskap, Portret, Warna, ‘Unfading Moment’, Fesyen, ‘Snapshot’, Cahaya, Kembara dan Koleksi. Setiap kategori bertujuan untuk menginspirasi pengguna untuk berkongsi cerita dan emosi mereka yang paling memikat hati melalui lensa telefon.

Anugerah OPPO Imagine IF Photography Awards 2024 kini dibuka untuk penyertaan sehingga 28 Julai 2024 pada jam 24:00 UTC+8. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi acara di https://bit.ly/imagineIF2024. OPPO mengalu-alukan jurugambar mudah alih untuk menyertai peluang yang menarik ini untuk meneroka ekspresi artistik mereka dan membawa kreativiti dalam kehidupan mereka melalui telefon pintar OPPO.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.