OPPO A96, telefon pintar peringkat menengah terbaru dari OPPO telah dilancarkan di Malaysia secara rasminya hari ini. Berharga RM1,299, anda boleh membuat pra-tempahan telefon pintar ini bermula dari hari ini sehingga 22 April 2022.
Pra-tempahan ini boleh dibuat menerusi kedai fizikal OPPO, wakil jualan yang sah, kedai dalam talian OPPO, serta kedai rasminya di Shopee dan Lazada.
Terdapat dua warna pilihan ditawarkan bagi pasaran Malaysia iaitu Pearl Pink dan Starry Black.
Telefon pintar ini menampilkan paparan LCD IPS 6.59-inci dengan resolusi 1080 x 2412, nisbah aspek 20:9, dan kadar penyegaran semula 90Hz.
Turut disediakan pengimbas cap jari pada bahagina sisi telefon yang menggunakan antaramuka ColorOS berasaskan Android 11 ini. Selain menyediakan sokongan ketersambungan Bluetooth 5.0, OPPO A96 turut mempunyai penarafan kerintangan debu dan air IP5X dan IPX4.
Pemprosesan OPPO A96
Melalui penggunaan cipset Snapdragon 680, OPPO A96 digandingkan dengan RAM 8GB dan storan UFS 2.2 256GB yang boleh diperluas melalui slot kad mikroSD. Berdasarkan helaian spesifikasinya di OPPO Malaysia, telefon ini turut menawarkan varian 8GB + 128GB. Namun ia masih belum mula dijual bagi pasaran Malaysia. Telefon dengan bateri berkapasiti 5,000mAh ini turut menyokong pengecasan pantas sehingga 33W melalui port USB-C.

Untuk fotografinya, telefon menyediakan tetapan dwi-kamera bagi kamera belakangnya. Ia mengandungi satu kamera utama 50MP f/1.8 dan kamera berkedalaman 2MP f/2.4. Pada sebelah hadapannya pula disediakan sebuah kamera 16MP. Rakaman video bagi kedua-dua kamera depan dan belakangnya mampu merakamn sehingga 1080p pada 30fps.
Bersempena pelancaran OPPO A96, OPPO Malaysia menawarkan hadiah menarik berdasarkan platform yang digunakan untuk membuat pra-tempahan.
Bagi pengguna yang membuat pra-tempahan di kedai dalam talian rasmi OPPO, anda berpeluang menerima sebuah power bank dan sekaki payung, baucar bernilai RM20 untuk kad Touch ‘n Go atau KFC, dan diskaun 50% bagi pembelian OPPO Watch Free, OPPO Band atau Enco Air2.
Pra-tempahan menerusi kedai rasmi OPPO di Lazada dan Shopee turut menerima hadiah yang hampir sama seperti yang dinyatakan tadi. Cuma bezanya baucar kad Touch ‘n Go atau KFC tidak ditawarkan. Dalam pada masa turut ditawarkan rebat RM100 dari bank, baucar RM50 untuk kedai rasmi atau Shopee Wallet, pin isian semula Touch ‘n Go RM5, lampu berpenderia gerakan, dan satu kad SIM.
Turut disediakan kotak cenderahati percuma yang mengandungi sebuah power bank dan sekaki payung buat anda yang membuat pembelian OPPO A96 menerusi wakil jualan yang sah.















