Telefon pintar Oppo A15 secara rasminya telah dilancarkan ke pasaran Malaysia bermula 10 Disember 2020 pada harga RM499. Pembelian model terbaru Oppo ini boleh dibuat menerusi kedai rasmi Oppo, sama ada secara fizikal mahupun di dalam talian.

Dari segi spesifikasi, Oppo A15 menawarkan cipset MediaTek Helio P35 bersama-sama RAM 3GB, storan dalaman 32GB, paparan beresolusi HD+ 6.25-inci dan juga bateri 4,230mAh.

Manakala bagi kameranya pula, telefon pintar ini menyediakan tetapan tri-kamera untuk kamera utamanya yang terdiri daripada 13MP + 2MP + 2MP. Tidak ketinggalan, sebuah kamera swafoto ditempatkan pada sebelah hadapannya.

Telefon pintar ini juga menampilkan fungsi pengimbas cap jari, Super Power Saving Mode, teknologi nyahkunci AI Face, Mod Gelap, tangkap layar berskrol menggunakan tiga jari dan sebagainya.

Bagi anda yang berminat, kunjungi laman web rasmi Oppo dan kedai dalam talian rasmi Oppo di Lazada dan Shopee.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.