Pada asalnya, telefon pintar Samsung Galaxy Fold dan Galaxy S10 5G disasarkan sebagai telefon pintar pertama yang dilengkapkan dengan storan UFS 3.0. Bagaimanapun, OnePlus 7 Pro mungkin menjadi saingan terbaru perlumbaan spesifikasi perkakasan ini.
Menurut CEO OnePlus, Pete Lau menyatakan telefon pintar siri 7 keluaran terbaru syarikatnya bakal menampilkan storan super-pantas UFS 3.0.
“OnePlus 7 Pro having UFS 3.0 storage means it’ll just be overall faster than comparable smartphones.”
Yes, the OnePlus 7 Series will include UFS 3.0 to give you next level #fastandsmooth experience. 😎 #OnePlus7Series
— Pete Lau (@PeteLau) May 5, 2019
Untuk makluman, UFS 3.0 menawarkan dua kali ganda lebar jalur pemindahan data berbanding versinya yang terdahulu iaitu pada 2.9GB/s. Ia juga lebih jimat penggunaan tenaga selain lebih pantas dari UFS 2.1 yang mempunyai kadar pemindahan data 1.2GB/s. Buat masa ini kebanyakan telefon pintar menggunakan piawaian storan eMMC terutamanya telefon pintar berspesifikasi rendah.
Penggunaan piawaian storan yang lebih pantas membantu meningkatkan kelajuan operasi sesebuah telefon pintar. Selain faktor piawaian storan, sistem operasi yang digunakan juga mempengaruhi kelancaran operasi sesebuah telefon pintar.
OnePlus 7 Pro dijadualkan bakal diumumkan secara rasminya pada 14 Mei ini.













