Utama Komputer Nvidia umum Titan V – kad grafik PC paling berkuasa dengan harga...

Nvidia umum Titan V – kad grafik PC paling berkuasa dengan harga jualan $2999

814
0

Nvidia mengumumkan sebuah lagi kad grafik paling pantas dalam sejarah pengeluarannya buat entah ke berapa kali pada tahun ini dengan kali dengan kehadiran Titan V. Kad grafik berseni bina Volta ini julung kalinya dihasilkan untuk kegunaan pengguna biasa.

Bagaimanapun, bukan pengguna yang biasa-biasa dapat menggunakannya memandangkan harga jualannya yang mencecah $2,999 (lebih kurang RM1,250). Fokus utama kad grafik ini adalah bagi kegunaan kecerdasan buatan (A.I.) dan juga pemprosesan simulasi saintifik.

Menurut Nvidia, kad grafik ini mampu mencapai tahap prestasi sehingga 110 teraflop dari sejumlah 21.1 billion transistor, memori HBM2 12GB, teras CUDA 5120 berserta 640 “teras tensor”. Ia turut dikatakan mampu menawarkan 9 kali keupayaan deep learning.

“Our vision for Volta was to push the outer limits of high performance computing and AI. We broke new ground with its new processor architecture, instructions, numerical formats, memory architecture and processor links,” ujar pengasas dan CEO Nvidia, Jensen Huang dalam satu kenyataan. “With Titan V, we are putting Volta into the hands of researchers and scientists all over the world. I can’t wait to see their breakthrough discoveries.”

Setakat ini masih tiada lagi sebarang berita berkaitan perkembangan seni bina Volta ini akan digunakan pada GPU yang mengkhususkan pada gaming. Setakat ini, kad grafik berasaskan seni bina Pascal, GTX 1080 merupakan kad grafik gaming terbaik yang berada di pasaran setakat ini.

Sumber berita diperoleh dari AnandTech

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.