Utama Komputer Nvidia Tawar Potongan harga sehingga RM400 bagi GTX 1080

Nvidia Tawar Potongan harga sehingga RM400 bagi GTX 1080

1040
0

Lanjutan dari pendedahan kad grafik yang terkini dan yang ‘terpower’ dari GeForce GTX, Nvidia turut mengumumkan pemotongan harga bagi model GTX 1080 yang terdahulu. Menurut syarikat pengeluar kad grafik berkenaan, GTX 1080 akan menerima pemotongan sekitar $100 (lebih kurang RM444). Menjadikan harganya yang terkini pada $499 (lebih kurang RM2,219).

Pemotongan harga ini akan dikuatkuasakan di seluruh dunia dengan serta merta. Langkah ini bertujuan untuk mewujudkan jurang harga di antara model GTX 1080 dengan GTX 1080Ti yang kini ditetapkan pada harga $699 (RM3,109). Tanpa perbezaan harga ini, adalah sukar untuk meningkatkan jumlah jualan GTX 1080 disebabkan oleh persaingan dengan model yang terkini berkenaan. Tambahan pula, harga asalnya pun tidak jauh berbeza dengan GTX 1080Ti.

Bagaimanapun, bagi pasaran di Malaysia adalah sukar untuk para peniaga yang menjual kad grafik GTX 1080 pada kadar segera. Hal ini disebabkan peniaga-peniaga di Malaysia masih lagi menyimpan stok-stok lama yang diperoleh pada harga yang lebih tinggi sebelum ini. Berkemungkinan besar, harganya mungkin akan turun dalam tempoh beberapa bulan yang akan datang.

Pemotongan harga kad grafik Nvidia ini hanya terhad bagi model GTX 1080 sahaja. Ia tidak melibatkan pemotongan harga bagi model-model GTX 10 yang lain. Oleh yang demikian, kad-kad grafik lain masih lagi kekal dijual pada harga sama buat masa ini.

Sumber berita diperoleh dari VG247

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.