Utama Android Nubia Nubia Neo 2 5G secara rasminya dilancarkan di Malaysia 22 April 2024

Nubia Neo 2 5G secara rasminya dilancarkan di Malaysia 22 April 2024

61
0

Telefon pintar permainan peringkat menengah Nubia Neo 2 5G dijangka akan tiba ke pasaran Malaysia tidak lama lagi berdasarkan iklan acah yang dikongsikan oleh ZTE Malaysia di laman Facebook rasminya.

Berbeza dengan model terdahulunya, salah satu ciri menarik yang ditawarkan, butang bahu fizikal yang amat bermanfaat untuk permainan seperti first-person shooter (FPS) dan role-playing games (RPG).

Ia menampilkan rekaan yang diperbaharui daripada Nubia Neo 5G yang dilancarkan pada tahun lepas. Selain daripada butang bahu tadi, terdapat bonggol berbentuk oktagon yang menempatkan dwi-kamera di belakangnya.

Inspirasi ‘mecha’

Corak rekaan berinspirasikan ‘mecha’ pada permukaan belakangnya juga masih lagi dikekalkan dari model sebelum ini dengan sedikit perbezaan. Menurut laman web rasminya, telefon pintar ini akan hadir dengan tiga pilihan warna iaitu Sunfire Yellow, Frost Silver, dan Storm Gray.

Nubia Neo 2 5G dijangka akan hadir dengan paparan 6.72-inch Full HD+ (2400 x 1080 piksel) dengan kadar penyegaran semula 120Hz. Ia juga mempunyai sistem bunyi stereo dengan sokongan teknologi bunyi keliling DTS X Ultra. Berdasarkan imej yang dikongsikan, didapati tiada bicu audio disediakan untuk model telefon pintar ini.

Di dalamnya, telefon pintar ini dikatakan dikuasakan oleh cip okta-teras dengan kelajuan sehingga 2.7GHz dengan RAM 8GB dan storan UFS 3.1 256GB. Baterinya pula agak besar kapasitinya dengan 6,000mAh yang turut disediakan bersama-sama teknologi penjimatan tenaga berasaskan AI dan sokongan pengecasan pantas 33W melalui port USB-C.

Lain-lain ciri yang turut melengkapkan telefon pintar ini termasuklah pengimbas cap jari, struktur pelesapan haba berbilang laposan dengan bahan termal superkonduktor, ketersambungan Wi-Fi, NFC, dan Bluetooth 5.3. Kamera di belakangnya terdiri daripada satu kamera utama 50MP, dan kamera berkedalaman 2MP. Manakala di hadapannya pula disediakan kamera 16MP.

Harga untuk Nubia Neo 2 5G masih lagi belum diumumkan, namun untuk pra-tempahannya di Shopee dijangka akan mula dibuka bermula dari 23 April sehingga 27 April 2024. Pembelian 100 terawal akan berpeluang menerima satu unit ZTE Bluetooth Earphone secara percuma. Nubia Neo 2 5G juga akan didatangkan bersama-sama waranti selama 18 bulan bagi setiap pembelian.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.