Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengumumkan sebuah saluran TV khususnya, DidikTV KPM akan mula bersiaran pada Rabu ini, 17 Februari 2021.

Saluran pendidikan ini akan bersiaran 17 jam setiap hari dari jam 7 pagi sehingga 12 tengah malam di saluran yang kini sedang digunakan NTV7 dan akan dilancarkan oleh Perdana Menteri pada hari pelancarannya.

Orang ramai boleh menonton saluran DidikTV KPM menerusi platform berikut;

Menurut kementerian berkenaan, penyiaran DidikTV KPM mengkhususkan kandungan berasaskan kurikulum dan kokurikulum SPM. Selain itu, saluran ini akan menyediakan berita berkaitan dunia pendidikan, serta program hiburan berpendidikan dan kandungan yang dihasilkan oleh pelajar. Turut disiarkan program pendidikan antarabangsa yang berkaitan.

Selain dari DidikTV, Kementerian Pendidikan turut menyediakan 11 jam program TV pendidikan di TV Okey RTM, dan Astro Tutor TV.

Tinggalkan komentar