Selepas melancarkan Nokia 4.2 awal bulan ini, HMD Global bakal melancarkan sebuah lagi telefon pintar keluarannya ke pasaran Malaysia tidak lama lagi. Nokia 1 Plus bakal menemui pengguna di Malaysia bermula 2 Mei ini.
Telefon pintar peringkat permulaan terbaru dibawah jenama Nokia ini merupakan percubaan terbaru HMD Global dalam platform Android Go. Hadir dengan pra-pemasangan Android 9 Pie edisi Go, telefon pintar ini turut dilengkapkan dengan paparan 5.45-inci FWVGA IPS. Juga, telefon pintar ini dikuasakan oleh cipset empat teras MediaTek MT6739WW.
Tidak ketinggalan, telefon pintar ini turut dilengkapkan dengan spesifikasi RAM 1GB dan storan dalaman 8GB bersama-sama bateri berkapasiti 2,500mAh.
Khusus untuk pasaran Malaysia, Nokia 1 Plus akan hadir dengan pilihan warna Merah dan Biru dengan harga saranan RM329. Setiap pembelian akan disertakan bersama-sama akseseori kelongsong lembut dan pelindung skrin jenis kaca bajaan (tempered glass) percuma selagi stok masih ada.