Utama Mobile Aplikasi Netflix Malaysia mula tawarkan Resolusi 720p untuk Pelan Asas bermula November ini

Netflix Malaysia mula tawarkan Resolusi 720p untuk Pelan Asas bermula November ini

786
0
Netflix Basic 720p Malaysia November

Netflix akan menaik taraf resolusi untuk pelan Asas (Basic) bagi pelanggan di Malaysia bermula November ini menurut laman sokongannya. Ini merupakan kali pertama perkhidmatan penstriman ini melakukan perubahan resolusi untuk pelanggan pelan Asas di Malaysia sejak pertama kali diperkenalkan pada Januari 2016.

Bermula November ini, pelanggan pelan Asas bakal menikmati kandungan pada resolusi HD 720p. Naik taraf ini akan dilaksanakan sebagai sebahagian dari pelan Asas dengan Iklan yang diperkenalkan di 12 buah negara. Buat masa ini, Malaysia tidak tersenarai di dalam pelaksanaan rancangan tersebut.

Sebelum ini, pelanggan pelan Asas hanya dihadkan pada resolusi SD 480 sahaja. Ketika dilancarkan enam tahun lalu, pelan Asas berharga RM33 sebulan sebelum ia dinaikkan kepada RM35 pada Januari 2020.

Had resolusi SD 480p juga dihadkan pada pelan Mudah Alih (Mobile) yang dikhususkan pada peranti telefon pintar dan tablet sahaja. Netflix sebelum ini pernah menjalankan pengujian pelan Mobile+ di Malaysia pada tahun lalu yang menawarkan resolusi Full HD 1080p untuk tontonan telefon pintar, tablet dan PC, namun masih lagi belum ditawarkan sehingga kini.

Dalam pada masa yang sama, naik taraf resolusi untuk pelan Asas ini tidak membawakan sebarang perubahan pada harganya di Malaysia. Pelan-pelan lain juga masih lagi kekal sama seperti penawaran sebelum ini.

Pelan Netflix di Malaysia

Mudah Alih

Asas

Standard

Premium

✓ Tonton pada 1 peranti mudah alih pada satu-satu masa

✓ Tonton pada 1 peranti yang disokong pada masa yang sama

✓ Tonton pada 2 peranti yang disokong pada masa yang sama

✓ Tonton pada 4 peranti yang disokong pada masa yang sama

✓ Filem, rancangan TV dan permainan mudah alih tanpa had

✓ Filem, rancangan TV dan permainan mudah alih tanpa had

✓ Filem, rancangan TV dan permainan mudah alih tanpa had

✓ Filem, rancangan TV dan permainan mudah alih tanpa had

✓ Rancangan TV dan filem tanpa iklan

✓ Rancangan TV dan filem tanpa iklan

✓ Rancangan TV dan filem tanpa iklan

✓ Rancangan TV dan filem tanpa iklan

✓ Muat turun pada 1 peranti mudah alih pada masa yang sama

✓ Muat turun pada 1 peranti yang disokong pada masa yang sama

✓ Muat turun pada 2 peranti yang disokong pada masa yang sama

✓ Muat turun pada 4 peranti yang disokong pada masa yang sama

 

✓ Tonton dalam HD
(tersedia pada November 2022)

✓ Tonton dalam HD Penuh

✓ Tonton dalam Ultra HD

PERHATIAN: Pelan Mudah Alih memerlukan peranti Android OS 5.0 (Lollipop) atau lebih baharu, peranti Fire OS 5.0 atau lebih baharu atau peranti iOS 12.0 atau lebih baharu. Pemancaran atau pencerminan melalui peranti mudah alih tidak disokong pada pelan ini.

Harga langganan Netflix mengikut pelan di Malaysia

Sebagai perbandingan, pelan Asas menawarkan pada harga kurang RM10 berbanding pelan Standard yang menawarkan tontonan kandungan pada resolusi Full HD 1080p. Selain itu, pelan Premium yang berharga lebih dari RM20 pula membolehkan pelanggan menonton Netflix dalam resolusi 4K, selain menyertakan sokongan HDR10 bersama-sama Dolby Vision dan Dolby Atmos.

  • Mudah Alih: RM 17/bulan
  • Asas: RM 35/bulan
  • Standard: RM 45/bulan
  • Premium: RM 55/bulan

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.