Utama Telco Digi Digi mengajak rakyat Malaysia sertai Cabaran #DigiFlip4All

Digi mengajak rakyat Malaysia sertai Cabaran #DigiFlip4All

471
0
Digi mengajak rakyat Malaysia sertai Cabaran #DigiFlip4All

SUBANG JAYA, 13 Oktober 2022 – Bersempena kehadiran Samsung Galaxy Z Flip4 ke pasaran Malaysia, Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) kini memberi peluang buat anda untuk memenangi telefon pintar premium ini sambil menyerlahkan bakat kreatif anda.

Bermula hari ini hingga 9 November 2022, sebanyak 15 unit Samsung Galaxy Z Flip4 ditawarkan untuk direbut menerusi Cabaran #DigiFlip4All. Peraduan ini terbuka kepada semua pelanggan Digi di seluruh negara. Pemenang akan diumumkan pada pertengahan Disember di Instagram dan Twitter Digi.

Untuk menyertai peraduan, peserta hanya perlu melakukan perkara berikut:

  1. Rakam diri anda melakukan cabaran flip dengan cara yang paling kreatif. Antaranya membuat balingan ‘flip’ menggunakan botol air, syiling, buku, telefon, cawan atau kad (pastikan barangan yang digunakan selamat untuk dibuat balingan ‘flip’!).
  2. Muat naik video cabaran ‘flip’ dikongsikan menerusi akaun Instagram atau akaun Twitter anda
  3. Pastikan siaran video ditetapkan kepada tontonan umum.
  4. Tag @DigiTelco dan masukkan hashtag #DigiFlip4All.

Untuk maklumat lanjut tentang Cabaran #DigiFlip4All, layari https://www.digi.com.my/digiflip4all

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.