Utama Mobile Android Microsoft uji ciri sekat iklan video dari dipaparkan pada Edge untuk Android

Microsoft uji ciri sekat iklan video dari dipaparkan pada Edge untuk Android

513
0
Microsoft Edge for Android Ads Block

Microsoft sedang melaksanakan ciri baharu di dalam pelayar Edge Canary untuk Android. Dikenali sebagai Edge Block Video Ads, ia bertujuan menyekat iklan-iklan video di dalam laman web seperti YouTube.

Fungsi yang masih menjalani peringkat eksperimen ini disediakan di dalam ciri penyekat kandungan terbina dalam pelayar mudah alih ini.

Microsoft Edge untuk Android tidak begitu mendapat sambutan sebagaimana yang diterima oleh versi desktopnya. Malah, statistik penggunaannya juga tidak mudah untuk didapati.

Berdasarkan maklumat di dalam Google Play Store, Microsoft Edge for Android ini telah dimuat turun sebanyak 10 juta kali. Angka ini agak rendah jika dibandingkan dengan pelayar mudah alih lain seperti Firefox, Brave, dan Opera yang mencatatkan jumlah muat turun lebih dari 100 juta kali.

Manakala pelayar Google Chrome pula mencatatkan lebih dari 10 billion kali muat turun. Beberapa syarikat yang menjejak statistik secara dalam talian juga tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai Edge for Android ini.

Cara membuat menghalang iklan video di dalam Microsoft Edge for Android

Edge for ANdroid mempunyai fungsi sekatan kandungan terbina dalam. Ia bagaimanapun tidak diaktifkan secara lalai (default). Anda perlu membukanya melalui Settings > Privacy and Security > Block Ads terlebih dahulu.

Fungsi sekatan ini dikuasakan oleh Adblock Plus dan akan membenarkan iklan-iklan tertentu secara lalai. Selepas diaktifkan, anda masih boleh mematikannya selepas itu.

Sekatan ini juga mampu menghalang kebanyakan iklan dan tidak semestinya iklan dengan video. Pilihan sekatan video yang sedang diuji ini mampu melengkapkan fungsi sekatan tersebut.

Berikut adalah cara untuk anda mengaktifkan ciri menghalang iklan video di dalam Microsoft Edge for Android:

  1. Taipkan edge://flags di bar alamat pelayar web Microsoft Edge for Android
  2. Cari “video”.
  3. Cari eksperimen “Edge Block Video Ads” di dalam ruangan hasil carian
  4. Tetapkannya kepada ‘Enabled.’
  5. Restart Microsoft Edge for Android

Ciri sekatan iklan video ini berfungsi di seluruh Microsoft Edge yang digunakan oleh pengguna. Microsoft tidak menyatakan laman-laman yang menyokong ciri tersebut, namun berdasarkan pengujian ia dilaporkan mampu berfungsi pada YouTube dan mungkin pada laman-laman yang memaparkan iklan video.

Tidak dapat dipastikan sama ada ciri eksperimental ini akan hadir ke Microsoft Edge selepas ia stabil kelak atau tidak.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.