MIcrosoft telah mengeluarkan peringatan kepada pelanggan perkhidmatan Microsoft 365 mengenai aplikasi web berkenaan tidak lagi boleh digunakan pada Internet Explorer 11 bermula dari 17 Ogos 2021.
Peringatan tersebut telah pun mula dikeluarkan sejak dari Februari lalu bagi memberikan pengguna tempoh persediaan yang sewajarnya.
“Beginning August 17, 2021, Microsoft 365 apps and services will no longer support… IE11 and users may have a degraded experience, or be unable to connect to, those apps and services. These apps and services will phase out over weeks and months to ensure a smooth end of support, with each app and service phasing out on independent schedules,”
“If you encounter issues while accessing Microsoft 365 apps and services from IE11 after August 17, 2021, support will be unavailable. Additionally, you should expect no new features and that your daily usage experience could get progressively worse over time until the apps and services are disconnected.”
Langkah Microsoft Edge
Dalam perkembangan yang sama, sokongan untuk Internet Explorer untuk kebanyakan versi Windows 10 akan ditamatkan pada 15 Jun 2022. Langkah ini merupakan sebahagian dari usaha menggalakkan penggunaan pelayar web Microsoft Edge yang berasaskan Chromium.
Microsoft Edge mempunyai fungsi ketersesuaian Internet Explorer bagi memaparkan kandungan Outlook yang mengandungi enjin lama Trident dari Internet Explorer.
Terdapat dua paparan berbeza untuk pengguna Outlook Web App bergantung kepada jenis akaun yang digunakannya untuk mendaftar masuk, sama ada Active Account Directory (AAD) atau Microsoft Account.
“Users logging in with AAD accounts will still receive the full OWA experience but will not receive new features beginning August 17, 2021, while users logging in with Microsoft Accounts (MSA) will be redirected to the Outlook Web App Light experience,”
Juga terdapat sedikit perubahan untuk fungsi Share Point seperti “Open with Explorer” dan “View in File Explorer” bagi mengakses pustaka dokumen di dalam PC pengguna.
“To avoid disruption, these customers will be able to use these features for now when they go to a document library in IE11. These features remain in maintenance mode and aren’t receiving further development,”
Bagaimanapun, pengguna-pengguna digalakkan untuk beralih ke pelayar web moden berikutan penamatan sokongan Internet Explorer 11 kelak. Dalam pada masa yang sama, Microsoft juga telah menerbitkan dokumen bagi membantu pentadbir sistem membuat persediaan dalam perubahan yang akan dilaksanakan ini nanti.
Apa itu Microsoft 365?
Microsoft 365 merupakan langganan perkhidmatan produktiviti berasaskan awanan yang menyediakan program-program di dalam suite Microsoft Office seperti Word, Excel, Power Point dan Outlook.
Terdapat pelbagai jenis perkhidmatan yang ditawarkan di dalam pelan-pelan Microsoft 365 mengikut kesesuaian pengguna dari persendirian hinggalah ke perusahaan.
Pada asalnya perkhidmatan ini menggunakan nama Microsoft Office 365. Tetapi bermula pada April 2020, ia telah dijenamakan semula sebagai Microsoft 365 bagi membezakannya pakej program Microsoft Office tradisional.














