Utama Mobile Maxis perkenal pelan Pascabayar baharu, MaxisGO untuk RM48 sebulan

Maxis perkenal pelan Pascabayar baharu, MaxisGO untuk RM48 sebulan

985
0

Maxis baru-baru ini memperkenalkan pelan pascabayar baharu yang dikenali sebagai MaxisGO. Pada kadar RM 48 sebulan, pelan yang lebih murah dari pelan pascabayar utama ini menawarkan panggilan dan SMS percuma selain dari data percuma sehingga 2GB setiap bulan.

Pelan MaxisGO dilihat sebagai pelan pascabayar yang berbaloi di mana ia menawarkan panggilan percuma sehingga 100 minit, 100 SMS percuma, data 1 GB sebulan dan 1 GB lagi untuk tempoh 2 pagi hingga 7 pagi pada kadar RM 48 sebulan.

Seperti biasa, apabila anda kehabisan kuota internet, anda tidak akan dikenakan caj kadar PPU (pay per use). Namun, kelajuan melayari internet anda akan berkurangan selepas kuota data anda telah habis digunakan. Caj kadar panggilan yang dikenakan adalah 15sen/min dan 10sen/SMS bagi setiap khidmat pesanan ringkas yang dihantar ke semua rangkaian.MaxisGO Plan

Melalui pengenalan MaxisGO ini, Maxis dijangka akan memansuhkan pelan pascabayar MaxisONE Start. Oleh itu, Maxis kini menawarkan 4 pelan pascabayar yang berlainan iaitu, SurfMore50, MaxisONE plan, MaxisONE plan lite, dan MaxisGO.

Layari laman Maxis untuk maklumat lanjut.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.