Utama Telco Maxis Maxis memulakan kerja penutupan Rangkaian 3G; Dimulakan dengan Terengganu minggu ini

Maxis memulakan kerja penutupan Rangkaian 3G; Dimulakan dengan Terengganu minggu ini

Pelaksanaan penutupan rangkaian 3G Maxis akan dimulakan dengan Terengganu pada minggu ini sebagai sebahagian dari JENDELA.

487
0

Lebih dari setahun telah berlalu sejak kerajaan mengumumkan rancangan penutupan rangkaian 3G negara sebagai sebahagian dari pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA). Pelaksanaan ini dibuat sebagai usaha meningkatkan kualiti dan mutu rangkaian 4G negara.

Ketika pihak kerajaan dan industri sedang berusaha menjalankan proses penamatan 3G menjelang akhir 2021, syarikat-syarikat telekomunikasi setakat ini tidak berkongsi secara umum garis masa pelaksanaannya.

Pun begitu, Maxis pada hari ini telah menerbitkan perincian garis masa pelaksanaan penutupan tersebut pada laman webnya.

Menurut laman MalaysianWireless, Maxis pada awalnya menyatakan jadual pelaksanaan tersebut menerusi laman Facebook rasminya. Walaubagaimanapun, jadual tersebut telah dikeluarkan semula dari penerbitan di laman Facebook berkenaan beberapa jam kemudian.

Jadual lengkap pelaksanaan penamatan rangkaian 3G berkenaan kini hanya boleh didapati di dalam laman web rasmi Maxis. Cuma ia tidak begitu diketengahkan kepada tatapan umum.

Berdasarkan laporan suku ketiga JENDELA, lebih dari 900,000 pengguna telah beralih ke 4G. Manakala hampir 40,000 peranti 3G telah ditamatkan pada penghujung Mei 2021. Laporan sukuan berikutnya dijangka akan diterbitkan sekitar bulan ini.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.