Utama Telco Maxis Maxis membawakan bengkel digital eKelas Usahawan bagi meningkatkan kemahiran digital ahli PERHEBAT

Maxis membawakan bengkel digital eKelas Usahawan bagi meningkatkan kemahiran digital ahli PERHEBAT

49
0

Kuala Lumpur, 29 Mac 2024 – Maxis, menerusi program komuniti utamanya eKelas Usahawan, bekerjasama dengan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) dalam satu siri bengkel pemasaran digital bagi manfaat anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang akan bersara dan telah bersara.

Melalui satu siri enam bengkel, kumpulan pertama yang terdiri daripada 725 peserta telah dilatih dalam asas pemasaran digital dan kemahiran praktikal. Modul-modul siri bengkel tersebut merangkumi strategi dan pemasaran digital, fotografi dan reka bentuk grafik, penulisan iklan dan perancangan kempen.

Bengkel tersebut menyasarkan untuk meningkatkan literasi digital peserta dan melengkapkan mereka dengan kemahiran yang berharga, mengukuhkan kebolehgajian dan kebolehpasaran mereka dalam meraih peluang-peluang dalam kehidupan awam.

Program Latihan Peralihan

“Kami gembira dapat bekerjasama dengan Maxis bagi memperkayakan Program Latihan Peralihan kami untuk kakitangan ATM yang akan dan telah bersara. Langkah ini mencerminkan dedikasi kami untuk menyediakan pelbagai kemahiran kepada ahli kami, termasuk pendigitalan. Bersama dengan Maxis, kami sedang membentuk masa depan di mana anggota kami bersedia untuk berintegrasi dengan tenaga kerja awam dan boleh berkembang maju dalam era digital,” kata Kapten Mohd Radzi Mohd Ali TUDM (B), Pemangku Ketua Pengarah, PERHEBAT.  

“Program eKelas Usahawan Maxis diperkenalkan bagi membantu individu daripada pelbagai komuniti untuk mengemudi dunia yang semakin digital. Program ini adalah selaras dengan komitmen teguh kami untuk membina masyarakat inklusif digital, yang dicerminkan dalam misi eKelas Usahawan untuk menjana impak sosial yang positif dengan memanfaatkan kuasa teknologi. Bersama dengan PERHEBAT, kami berharap dapat terus menyumbang secara bermakna kepada pemerkasaan digital anggota ATM yang akan bersara dan telah bersara,” kata Mariam Bevi Batcha, Ketua Pegawai Hal Ehwal Korporat, Maxis. 

PERHEBAT merupakan pemboleh kepada kerjaya kedua anggota ATM yang telah bersara dengan menyediakan latihan yang diperlukan untuk membangunkan kemahiran teknikal, vokasional dan keusahawanan agar dapat memudahkan peralihan mereka kepada kehidupan awam.

Aplikasi praktikal

Para peserta mendapati bengkel eKelas Usahawan mudah difahami dan menghargai tumpuan pada aplikasi praktikal, yang membolehkan mereka menggunakan pengetahuan baharu secara berkesan dalam usaha perniagaan semasa dan masa hadapan mereka.

Mohammad Hazrul Hisham bin Zahari dari Kelantan berkata dia berasa lebih yakin untuk memulakan perniagaan dalam talian selepas menghadiri bengkel tersebut. Dia kini memahami kepentingan pengalaman perniagaan asas dan mengekalkan strategi pemasaran yang konsisten dan teratur. 

Mohammad Ashabul Yameen, seorang pemilik perniagaan makanan kecil, telah mendapat lebih kejelasan mengenai sistem-sistem digital dan bersemangat untuk mencipta iklan media sosial untuk perniagaannya. Sementara itu, Vashanthakumari a/p Suppiah berasa seronok belajar cara mereka bentuk promosi dalam talian semasa bengkel fotografi dan reka bentuk digital. 

eKelas Usahawan ialah program pemasaran digital percuma yang menyasarkan untuk melengkapkan usahawan dan perniagaan kecil, terutamanya mereka daripada segmen B40, dengan alatan dan kemahiran digital asas untuk membina kehadiran digital yang lebih baik. Sejak penubuhannya pada 2021, lebih 6,000 peserta telah menyertai program ini. Untuk maklumat lanjut, layari https://www.maxis.com.my/en/about-maxis/corporate-responsibility/.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.