Utama Telco Maxis Maxis terus membentuk bakat sedia masa hadapan dan memacu pemerkasaan belia melalui...

Maxis terus membentuk bakat sedia masa hadapan dan memacu pemerkasaan belia melalui kerjasama dengan universiti

Kolaborasi termasuk perkongsian pengetahuan, peluang latihan amali, pakej khas universiti dan program pembangunan bergabung

59
0
Maxis Chief People and Transformation Officer, Patrick Er (dua dari kanan) dengan Naib Canselor UMT Professor Ts. Dr. Mohd Zamri bin Ibrahim (dua dari kiri), dan wakil dari Maxis dan UMT di majlis menandatangani MOU yang berlangsung di Menara Maxis.
Maxis Chief People and Transformation Officer, Patrick Er (dua dari kanan) dengan Naib Canselor UMT Professor Ts. Dr. Mohd Zamri bin Ibrahim (dua dari kiri), dan wakil dari Maxis dan UMT di majlis menandatangani MOU yang berlangsung di Menara Maxis.

Kuala Lumpur, 13 Januari 2025Maxis terus membentuk bakat muda sedia masa depan dan memacu pemerkasaan belia melalui kerjasama dengan universiti Malaysia, termasuk kolaborasi terbaharunya dengan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang secara kolektif merangkumi lebih 30,000 pelajar.

Kerjasama tersebut dirasmikan pada dua majlis tandatangan MoU yang dianjurkan di Menara Maxis. Maxis diwakili oleh Ketua Pegawai Transformasi dan Sumber Manusia, Patrick Er, bersama Naib Canselor UMT, Profesor Ts. Dr Mohd Zamri bin Ibrahim dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UTHM, Profesor Ts. Dr Abdul Rasid bin Abdul Razzaq sebagai penandatangan universiti masing-masing. Mereka turut disertai oleh wakil-wakil universiti dan pelajar.

Bertujuan untuk memajukan pembelajaran, kesediaan kerjaya dan kemahiran digital sambil mengukuhkan hubungan industri-akademik, bidang utama kerjasama ini termasuk:

  • Perkongsian pengetahuan oleh pemimpin dan pakar Maxis untuk memberikan pandangan dunia sebenar,
  • Peluang kerjaya melalui latihan amali di Maxis dan Program Duta Kampus Hotlink,
  • Pakej khas universiti untuk pelajar dan kakitangan, dan
  • E-sukan di kampus dan program bergabung yang lain untuk menggalakkan pembangunan pelajar.

Patrick Er, Ketua Pegawai Transformasi dan Sumbar Manusia Maxis, mengulas: “Sebagai syarikat telekomunikasi bersepadu terkemuka di Malaysia, kami berharap dapat menggabungkan kepakaran industri kami dengan kecemerlangan akademik rakan kongsi universiti kami. Penglibatan berterusan kami dengan universiti merupakan komitmen kami untuk menyediakan bakat muda di Malaysia dengan peluang yang berdaya saing untuk pertumbuhan dan pembangunan profesional. Ini sejajar dengan tujuan kami untuk menghubungkan orang ramai dan perniagaan ke dunia yang berkemungkinan.”

Maxis Chief People and Transformation Officer, Patrick Er (empat dari kiri) dengan Timbalan Naib Canselor Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UTHM Professor Ts. Dr. Abdul Rasid bin Abdul Razzaq (enam dari kanan) dan wakil dari Maxis dan UTHM di majlis menandatangani MOU yang berlangsung di Menara Maxis.
Maxis Chief People and Transformation Officer, Patrick Er (empat dari kiri) dengan Timbalan Naib Canselor Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UTHM Professor Ts. Dr. Abdul Rasid bin Abdul Razzaq (enam dari kanan) dan wakil dari Maxis dan UTHM di majlis menandatangani MOU yang berlangsung di Menara Maxis.

Profesor Ts. Dr Mohd Zamri bin Ibrahim, Naib Canselor UTM, berkata: “Kerjasama kami dengan Maxis akan mewujudkan peluang berharga bagi kedua-dua pihak untuk memanfaatkan teknologi termaju, kepakaran dan rangkaian profesional. Saya amat percaya bahawa kerjasama ini bukan sahaja akan meningkatkan pencapaian akademik pelajar UMT tetapi juga memberikan pendedahan berharga kepada dunia kerja sebenar dan peluang kerjaya yang berpotensi.”

Profesor Ts. Dr Abdul Rasid bin Abdul Razzaq, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, UTHM, berkongsi: “Sebagai satu universiti teknikal, kerjasama industri-akademik dengan Maxis akan memainkan peranan penting dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kami. Kerjasama ini akan membantu pelajar kami memperoleh kemahiran yang relevan, pendedahan industri dan kelebihan daya saing dalam landskap digital yang sentiasa berkembang.

Kedua-dua MoU dimeterai dan dibina berasaskan kerjasama terdahulu Maxis dengan kedua-dua universiti atas pelbagai inisiatif. Di UMT, Maxis telah menyokong beberapa program UMT seperti Program Jalinan Mesra Student Baru, UMT Liga Bola Hotlink Piala Timbalan Naib Canselor HEPA, ESG Global Young Leaders Summit dan Anugerah Ikonsiswa. Begitu juga di UTHM, Maxis telah menyokong Festival Konvokesyen UTHM dan inisiatif Kad Prihatin Siswa. 

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.