Sebagaimana namanya, panggilan Wi-Fi merupakan satu cara yang membolehkan para penggunanya membuat panggilan dan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) melalui rangkaian Wi-Fi. Fungsi ini amat berguna dalam keadaan isyarat selular lemah atau tiada seperti yang sering dialami oleh para pengguna di dalam bangunan-bangunan besar.
Tidak lama lagi, fungsi ini bakal hadir menemui pengguna-pengguna di Malaysia sebagaimana yang dijelaskan oleh Sebastian Barros, Timbalan Presiden Bahagian Solutions untuk Ericsson Malaysia dan Sri Lanka. Beliau turut mendedahkan bahawa para penyedia telco di Malaysia telah pun melakukan pengujian panggilan Wi-Fi dengan Ericsson.
Beliau turut menjangkakan syarikat-syarikat telco utama di Malaysia akan menawarkan perkhidmatan panggilan Wi-Fi ini kepada para pengguna masing-masing pada penghujung tahun 2016.
Ini bukanlah kali pertama Ericsson menyentuh soal penyediaan panggilan Wi-Fi di Malaysia kerana awal tahun ini, syarikat berkenaan telah menunjukkan demonstrasi penggunaan panggilan Wi-Fi bersempena sambutan ulangtahun Ericsson Malaysia ke 50.
Sebastian Barros memaklumkan bahawa syarikat-syarikat telco tempatan perlu menyediakan rangkaian dengan Protokol Internet sebelum mereka boleh menawarkan panggilan Wi-Fi kepada para pelanggannya.
Pada masa yang sama, syarikat-syarikat telco di Malaysia sedang berusaha merealisasikannya dan sehubungan itu dijangkakan semakin banyak perantoi-peranti pintar akan dilengkapi dengan sokongan panggilan Wi-Fi ini dan bakal menjadikannya antara komponen wajib yang perlu ada pada peranti pintar.
Sungguhpun begitu, pegawai dari Ericsson ini tidak menyatakan nama syarikat telco yang sedang melakukan pengujian fungsi ini bersama syarikat beliau.
Sumber berita diperoleh dari Digital News Asia
Baguslah jika ada penambah baikan, kehidupan semakin kompleks dan kita perlukan yg terbaik setiap masa…
satu penemuan yg hebat. semoga kemajuan dunia telekomunikasi kana terus berkembang..
Singgah sini
Jemput singgah blog sy SPORTING MUMMY