Jika anda sudah menggunakan Disk Cleanup untuk mengosongkan ruangan pada peranti anda dan melihat ralat Low Disk Space, kemungkinan besar foler “Temp” anda telah dipenuhi dengan fail-fail aplication (.appx) yang digunakan oleh Microsoft Store.

Untuk membaiki masalah ini, anda perlu melakukan reset pada aplikasi Store, bersihkan cache aplikasi Store, dan buka fungsi pencarisilapan Windows Update.

  1. Reset Microsoft Store: Pilih Start >Settings >Update & Security  > Troubleshoot, kemudian skrol ke bawah untuk pilih Windows Store Apps dan dari senarai, pilih Run the troubleshooter.
  2. Cache Microsoft Store boleh dibersihkan dengan tekan kekunci logo Windows  + R untuk membuka kotak dialog Run, taipkan wsreset.exe dan klik OK. Satu tetingkap Command Prompt kosong akan muncul seketika dan selepas lebih kurang 10 saat, tetingkap tersebut akan tertutup dan aplikasi Store akan dibuka secara automatik.
  3. Seterusnya, untuk reset Windows Update pula, pilih Start > Settings > Update & Security Troubleshoot, skrol ke bawah dan pilih Windows Update dari senarai dan pilih Run the troubleshooter.
  4. Restart komputer anda dan lihat sama ada masalah telah selesai atau anda masih lagi mengalami masalah yang sama.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.