Utama Mobile Aplikasi Aplikasi Penjejakkan Kontak COVID-19 MyTrace dilancarkan; Hanya untuk Android dahulu

Aplikasi Penjejakkan Kontak COVID-19 MyTrace dilancarkan; Hanya untuk Android dahulu

1085
0

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan bermula pada Isnin ini, 4 Mei 2020. Menerusi pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini turut menyatakan dua aplikasi penjejakkan kontak yang dibangunkan oleh pihak kerajaan.

Salah satu aplikasi penjejakan kontak COVID-19 berkenaan adalah aplikasi MyTrace. Ianya telah sedia untuk dimuat turun sejak beberapa hari yang lepas.

Menurut keterangan aplikasi yang disediakan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), MyTrace merupakan sebuah aplikasi yang menggunakan sambungan Bluetooth. Ia dihasilkan bagi tujuan membantu pihak berkuasa melakukan penjejakkan individu yang mungkin mempunyai kontak rapat dengan pesakit COVID-19.

Melalui kaedah ini, pihak berkuasa boleh menghubungi individu berkenaan menerusi nombor telefon yang disediakan oleh MyTrace.

Pemasangan pertama kali aplikasi MyTrace akan diajukan dengan permintaan nombor telefon pengguna untuk tujuan penyediaan kod OTP. Tidak seperti aplikasi MySejahtera dan Gerak Malaysia, aplikasi ini tidak meminta maklumat terperinci pengguna seperti nama, alamat dan nombor kad pengenalan.

Buat masa ini aplikasi MyTrace hanya tersedia untuk peranti-peranti Android. Bagi versi iOS pula, ianya sedang diusahakan untuk ke App Store.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.