MSI kini dilaporkan akan menyertai persaingan memperkenalkan konsol permainan boleh pegang melalui MSI CLAW. Ia dikatakan akan menggunakan pemprosesan terkini Intel Meteor Lake Gen Ke-14, berbeza dengan pengeluar lain yang menggunakan AMD Ryzen Z1.

Pemprosesan berkenaan secara khususnya merupakan pemprosesan Intel Core Ultra 7 155H. Ia mempunyai 16 teras, 22 bebenang, gabungan P-Cores dan E-Cores, serta dua E-Cores berkuasa rendah untuk mengendalikan tugasan-tugasan kecil pada latar belakang.

Perincian mengenai MSI CLAW dan pemprosesannya turut disenaraikan di dalam Geekbench. Secara ringkasnya, berikut spesifikasi pemprosesan mudah alih Intel Core Ultra 7 155H:

  • Klok asas: 3.8GHz
  • Klok dipertingkatkan P-Core: 4.8GHz
  • Grafik berintegrasi ARC (lapan teras XeSS) dengan kelajuan klok tertinggi 2.25GHz
  • RAM DDR5 32GB
Imej dari Video Cardz
Imej dari Video Cardz

Tiada maklumat lanjut mengenai saiz paparan dan resolusi MSI CLAW setakat ini. Malah, maklumat mengenai kapasiti dan jenis storan, bateri dan juga kecekapan penggunaan tenaganya juga masih belum diketahui. Dijangkakan maklumat lengkap mengenainya akan diumumkan di dalam acara CES 2024 tidak lama lagi.

Tinggalkan komentar