Utama Telco Starlink Anda kini boleh membeli kit Starlink di Harvey Norman, Harga bermula dari...

Anda kini boleh membeli kit Starlink di Harvey Norman, Harga bermula dari RM2,300

171
0

Perkhidmatan internet satelit, Starlink kini boleh didapati kit pemasangannya di kedai-kedai jualan Harvey Norman tidak lama lagi. Rantaian kedai barangan elektrik rumah berkenaan juga mengumumkan pihaknya kini merupakan pengedar rasmi pertama Starlink di Malaysia hasil usahasama dengan pengedar Starlink yang sah Vstecs Bhd.

Kit yang dijual di Harvey Norman tersebut merupakan kit standard Starlink yang berharga RM2,300 dan boleh didapati secara ansuran tanpa faedah melalui Grab PayLater, LatitudePay, HSBC, Maybank dan CIMB. Kit ini juga didatangkan dengan piring penerima isyarat satelit Starlink bersama-sama tapak, penghala, kabel kuasa dan juga kabel Starlink.

Pra-tempahan boleh dibuat menerusi laman web rasmi Harvey Norman Malaysia bermula dari 30 Januari dan mula menemui pengguna tempatan pada 6 Februari 2024. Jika terdapat sebarang masalah pada unit yang dibeli, Harvey Norman menetapkan tempoh dalam 10 hari selepas pembelian.

Langganan Starlink perlu dibuat secara berasingan

Pembelian kit Starlink menerusi Harvey Norman juga tidak didatangkan dengan langganan Starlink dan pembeli perlu mendaftar sendiri perkhidmatan tersebut. Buat masa ini, harga langganan perkhidmatan pelan Standard Starlink adalah RM220 sebulan.

Jika anda ingin menggunakan kit Starlink di pelbagai tempat, terdapat pelan Mobile Starlink yang harganya bermula dari RM700 sebulan untuk kegunaan di lokasi mengikut rantau dan RM940 sebulan untuk semua lokasi di seluruh dunia.

Turut disediakan poelan perkhidmatan Priority Starlink yang menawarkan pelan data standard tanpa had yang sama dengan data keutamaan tambahan. Ia berharga RM571 sebulan untuk data keutamaan 40GB dan boleh meningkat sehingga 6TB pada harga RM5,894 sebulan.

Pun begitu, bagi anda yang berminat untuk menggunakan pelan Priority ini mungkin perlu mempertimbangkan kit Flat High-Performance yang berharga RM11,613. Walaubagaimanapun, pelan tersebut belum ditawarkan di Harvey Norman setakat ini.

Maklumat lanjut mengenai pelan-pelan perkhidmatan Starlink, layari laman web rasmi Starlink.

 

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.