Jika anda memiliki atau sedang menggunakan komputer HP, anda mungkin perlu memeriksa sama ada terdapat pemasangan fail C:\Windows\System32\MicTray64.exe atau C:\Windows\System32\MicTray.exe pada komputer berkenaan. Fail-fail berkenaan merupakan sejenis keylogger yang akan merekodkan sebarang kekunci yang dimasukkan melalui papan kekunci dan langkah segera yang perlu anda lakukan anda dengan menukarkan nama-nama fail berkenaan.
Pada kebiasaannya, keylogger yang diketemukan adalah spyware hasad dan pihak pengeluar peranti yang terkesan akan mengambil tindakan segera. Bagaimanapun, keylogger yang diketemukan pada komputer HP pada kali ini bukanlah perisian hasad dan sebaliknya ia adalah kecacatan yang terdapat pada cara bagaimana perisian berkenaan diwujudkan. Setakat ini masih belum tindakan yang diambil dari pihak HP.
Keylogger berkenaan diketemukan oleh syarikat keselamatan modzero AG di dalam driver audio yang dipasangkan pada sistem komputer HP. modzero telah menjalankan tanggungjawabnya dengan melaporkan perkara ini kepada pihak HP.
Buat masa ini, masalah ini melibatkan komputer-komputer HP dari jenis HP EliteBook, HP ProBook, HP ZBook, dan HP Elite. Pengguna boleh melakukan carian sendiri fail-fail keylogger berkenaan melalui kotak carian dengan menaipkan ‘MicTray.exe’ atau ‘MicTray64.exe’. Perlu diambil perhatian bahawa driver yang terlibat merupakan dari versi 1.0.0.31 dan ke atas.
Pengguna HP yang terlibat perlu mengambil langkah berjaga-jaga dengan menamakan semula fail-fail terlibat bagi memastikan anda selamat dari pencerobohan yang dieksploitasi oleh penjenayah-penjenayah siber.
Sumber berita diperoleh dari Ars Technica