Utama Mobile Telco Kerajaan adakan perbincangan dengan Telco untuk Turunkan Harga Internet

Kerajaan adakan perbincangan dengan Telco untuk Turunkan Harga Internet

627
0
Internet Turun Harga

Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) telah mengumumkan pihaknya kini sedang mengadakan perbincangan dengan syarikat-syarikat telekomunikasi di Malaysia untuk menurunkan harga perkhidmatan masing-masing.

Menterinya, Encik Fahmi Fadzil menyatakan beliau telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan syarikat-syarikat telekomunikasi untuk melakukan satu kajian bagi memenuhi keperluan rakyat mendapatkan perkhidmatan telekomunikasi pada harga yang lebih mampu milik.

Menurut laporan bernama, beliau turut mengadakan perbincangan dengan SKMM dan syarikat telekomunikasi untuk melihat kaedah yang paling sesuai untuk menurunkan harga. Beliau juga menekankan rakyat Malaysia terutama golongan muda berharap harga internet dan talian telekomunikasi dapat diturunkan.

Turut disebut di dalam kenyataan beliau tadi, pihak kementeriannya juga sedang mengkaji cara terbaik untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dan menyelesaikan masalah yang melibatkan capaian rangkaian 4G dan 5G di sesetengah kawasan di Malaysia.

Tegas beliau, negara kita perlu bergerak pantas dalam membangunkan infrastruktur telekomunikasi. Menurut beliau, “Kita sedang bercakap tentang 5G, ada negara lain mula bincang tentang 6G. Jadi kita kena ada pergerakan yang lebih cepat dan sebagai menteri saya kena teliti apa yang boleh dilakukan untuk bantu proses itu,

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.