Kepada Rakyat Amerika,
Kami tak benci kalian dan kami tak benci dengan gaya hidup kalian.
Kebelakangan ini, media barat seolah-olah diselubungi Islamophobia. Pelbagai perkara ditimbulkan tentang ancaman dari Islam. Kononnya ia sebahagian daripada agenda Islam.
Aku adalah seorang Muslim dan agenda utama yang muncul dalam fikiran aku adalah bagaimana untuk aku membina keluarga yang bahagia.
Kalian mungkin sukar untuk mempercayai jikalau kalian sering mengikuti perkembangan berita semasa. Namun, cuba fikirkan semula;
1. Hari ini, jutaan remaja Muslim lebih ramai yang risaukan tentang jerawat yang baru tumbuh pada muka mereka berbanding sibuk mengangkat senjata.
2.Hari ini, jutaan lelaki Muslim lebih ramai memikirkan tentang kemungkinan untuk Liverpool merangkul gelaran EPL musim ini berbanding memikirkan tentang kemungkinan ‘kejatuhan tamadun Barat’.
3.Hari ini, jutaan umat Islam lebih ramai yang mengimpikan iPhone 4 berbanding mengimpikan senjata pemusnah besar-besaran (WMD).
Kami memang orang biasa. Kami suka berjalan-jalan ambil angin di tepi pantai sambil melihat keindahan matahari terbenam. Kami juga gemar membaca, minum teh dan mempunyai ramai kawan baik. Kami seronok melihat anak kami membesar dengan baik, bersopan santun dan hormat orang tua. Orang tua-tua kami pun sukakan keadaan sebegitu.
Selama ratusan tahun, kami hidup bersama tolong-menolong bantu-membantu di dalam masyarakat. Kami adalah buruh binaan, pekerja bank, pelajar, saintis, pekerja pembersihan, ketua jabatan dan guru. Kami enjoy dengan muzik. Kami juga enjoy dengan Piala Dunia dan sebahagian daripada kami juga ada yang menyokong pasukan bola sepak USA.
Memang, kami amat mengutuk tindakan menghina junjungan besar kami melalui kartun tetapi kami juga amat tidak bersetuju dengan tindakan segelintir daripada kalangan kami yang bertindak balas dengan mencetuskan keganasan. Kalian tidak patut mengatakan bahawa kalangan yang mencetuskan keganasan ini adalah mewakili kami. Memang tidak patut. Kerana kami tidak melihat bahawa semua rakyat Amerika itu kejam dengan hanya mengetahui tentang kes menyeksa tahanan di penjara Abu Gharib pada suatu ketika.
Terdapat sekumpulan kecil umat Islam yang mencetuskan keganasan dan terdapat juga kalangan kumpulan kecil dari kalian yang menakut-nakutkan kalian untuk mengaut keuntungan. Jangan biarkan mereka-mereka ini menganggu-gugat keamanan kita semua sedunia.
Adalah amat menyedihkan apabila sekumpulan yang membakar kereta menjadi nilai berita yang lumayan berbanding individu-individu yang membuat kerja-kerja amal kebajikan secara sukarela.
yeah HELL NO! kecantikan isteri hanya utk suami kan. mane leh show die pi tayang²kat org lain. btw, aku suke entry ko nih.
THUMBS UP to u bro 🙂
Thank you very much =)
ai nak anto surat ni ke incik obama bleh?
heee
Bole =)
Tapi kena kasi translate ke English dulu. hehe