Utama Teknologi Kebapaan

Kebapaan

1238
2

Baru lepas baca blog Kopi Kegemaran kejap tadi. Menarik jugak hasil tulisan dia. Mengenai hal-hal keibu-bapaan dan hal-hal kebobrokan sosial budak zaman sekarang.

Dulu hal-hal macam ni aku tak ambil port sangat. Selagi aku tak terlibat dengan hal macam tu, peduli apa aku. Kalau tegur pun, ala kadar aje. Nak ajar pulak, tak kuasa I.

Cuma semenjak bini aku dah mengandung ni, aku makin concern dengan perkembangan sosial yang tak normal dalam masyarakat kita ni. Macam yang aku tulis sebelum-sebelum, there is something wrong with our society.

Tak lama lagi aku nak jadi bapak budak, jadi benda-benda macam naluri melindungi ni makin menebal. Aku harap-harap sangat anak aku tak mengikut budak-budak lain. Zaman dia membesar dah tak sama macam zaman  aku membesar.

Tulisan dalam akhbar pun sekarang ni bukannya jenis nak bertapis, setiap hari mesti kau akan jumpa kepala tajuk dia yang berbunyi begini; rakus, liwat, rogol, zina, setubuh dan apa-apa sahaja yang hampir lucah bunyinya. Apakejadah ini semua? Suratkhabar atau makalah porno lembut?

Televisyen pun lebih kurang sama je. Aku sendiri pun dah lama tak tengok kotak bodoh tu. Benda yang aku tengok pun cuma bolasepak. Internet pulak, mungkin aku akan pasang Green Dam macam kerajaan Republik Rakyat China.

Hanset dah tentu aku tak akan bagi. Pandai-pandai la dia guna telefon awam.

Memang aku bukan seorang bapak yang sporting.

Muahahahahahaha!

Kemungkinan besar aku akan menjadi seorang bapa yang mengamalkan dasar pemerintahan authoritarian

2 KOMEN

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.