Berblog bukan sekadar meraih earning dari Nuffnang sahaja, ianya lebih dari sekadar mencari pendapat sampingan dari hasil penulisan. Kalau tulisan kamu tu barai, takda orang nak baca, earning memang ciput. Berapa posen sangat pun, nak beli cekelat Hacks boleh la. Sebijik dua.
Daripada mengharapkan earning untuk trafik ke blog yang paling barai macam ni, lebih baik kamu berblog untuk diri kamu sendiri. Tulis perasaan kamu, idea kamu dan juga aktiviti kamu. Tentang aktiviti tu mungkin kena kaver-kaver sikit, jangan main bantai tulis semua aktiviti yang tak senonoh pun nak masuk sekali. Sedar la diri tu sikit. Dah nak jadi bapak orang dah pun.
Catatan harian ni untuk seorang lelaki jika ditulis di dalam buku dan kantoi dibaca oleh kengkawan, berkemungkinan besar akan menjadi bahan gelak ketawa kengkawan apabila berselisih. Tapi lain halnya jika di dalam internet dan kamu menulis di dalam laman blog sendiri ia akan menjadi sangat cool. Lagi ramai orang baca, lagi bertambah tinggi darjat coolnya.
Lain halnya jika kamu lelaki menulis tentang perasaan kamu di wall Fesbuk.
P.s : Catatan ini adalah untuk diri aku sendiri.
Masa form 4,dan 5 aku ada diari. Hari2x aku tulis apa yg aku buat.,apa yg tidak kena dan berbagai lagi.Rasa pelik plak bila bapak budak nak tulis dlm diari dn smpan dlm peti besi,takut ada org lain baca.:-)
Berblog secara cool dgn penulisan entry yg bagus buat kita rasa macam bapak budak yg maskulin.